Sabtu, Disember 05, 2009

HARI RAYA KORBAN...

Dah lebih seminggu aku meninggalkan blog ini. terasa rindu untuk menulis. walaupun aku ni taklah pandai menulis tetapi, bila berbicara dari hati terasa lebih puas. walaupun kadang-kadang kita rasa puas bercerita dengan sahabat dan teman... terutamanya teman karib yang adakalanya kita rasa boleh berkongsi segala-galanya tetapi... tidak dapat memberi kepuasa seperti mana kita meluahkannya dengan penulisan.

Pertamanya aku nak ucapkan selamat kembali kepada semua yang dah mula bertugas setelah bercuti Hari Raya 'Idul Adha. Kepada yang melaksanakan korban dan meraikan korban, tahniah diucapkan dan selamat menjamu selera....

hari Raya 'Idul Adha merupakan Hari Raya Korban. Hari teragung Umat Islam menyingkap sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s yang telah berkorban dari sudut ‘ruhiyyah’ sebelum Allah s.w.t menggantikan pergorbanan tersebut dengan korban zahiriah. Allah s.w.t telah menguji keimanan seseorang itu dengan pelbagai jenis dugaan dan cubaan dan hasil dari ujian tersebut akan lahirlah manusia yang tinggi kualitinya dari sudut rohani dan jasmani. Oleh itu penolong dikala mendapat ujian itu ialah ketakwaan yang mendorong seseorang itu menghadapi ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t dengan penuh ikhlas dan tawaddu’. Inilah yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s yang merupakan 2 insan terpilih untuk memberi petunjuk dan teladan kepada umat manusia di sepanjang zaman.

Semoga kita umat Islam dapat menghayati dan mengambil iktibar daripada pengorbanan tersebut yang aku kira sejarahnya tidak asing dari pengetahuan umat Islam. sentiasa menjadi cerita dan buah mulut guru-guru agama yang mengajar di kelas, surau dan masjid....

Walaupun sebagai manusia biasa, bukanlah perkara mudah untuk kita melakukan pengirbanan sehingga ketahap yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim namun, ambillah sedikit iktibar daripada pengorbanan tersebut bagi menginsafi diri kita yang amat kerdil di sisi Allah s.w.t ini. letakkan diri kita ditahap yang selayaknya. jangan terlalu angkuh dan takbur di muka bumi Allah.....