Khamis, Disember 31, 2009

Pertemuan dengannya... sesuatu yang indah...
Terasa ada keunikan dalam suara dan tutur katanya...
Keunikan yang aku sendiri tidak dapat menafsirkannya dan...
tidak tahu apa sebenarnya...
tetapi... daripada panggilan pertama,
aku mula Merinduinya....
Aku sering menanti panggilan keramat itu....
Suara itu kurindui..
Hati sering membisik "kenapa aku menanti panggilan itu?"
Aku tiada jawapan.....
Yang pasti... aku sentiasa menantikan suara itu.
Hari demi hari... suara itu bertamu dalam hatiku...
Aku merasai ketenangan....
Daripada perkenalan singkat....
lahir dari suara hatinya untuk melamarku....
Berderau darahku... berdegup jantungku...
Terasa bagai suatu mimpi.. Mimpikah aku..?
Tidak..... Inilah kenyataan....
Realiti kehidupan...
Aku buntu.. keliru...
Mencari jawapan yang pasti untuk suatu perjalanan kehidupan...
Menerima terasa seperti terlalu awal.... menolak, tiada alasan...
Tanpa solat istikharah, aku memohon kekuatan dari Allah untuk melalui sebarang kemungkinan.... aku menerimanya....
20 November 2004 berakhirlah zaman bujang aku dan abang...

Terpateri pada kad jemputan : ROZITA & KHAIRIL ANIZAN

# alamak... feeling le pulak ni.. bukan apa, sesekali menyingkap kisah lalu macam best pulak... layan perasaan.... senyum sendiri...

Apa-apa pun sesiapa yang baca doakan aku bahagia... :-)

Rozita

Rabu, Disember 23, 2009

GURU KAFA & KERANI...

Hari ni dah 23 Disember rupanya.... nampaknya cuti sekolah dah hampir berakhir. lebih kurang 10 hari lagi sekolah akan dibuka semula.Cepatnya masa berlalu. Rasa macam kerja-kerja aku kat offis tu banyak lagi yang belum siap... ye..lah, persiapan untuk sesi persekolahan baru... senarai nama kelas , kemasukan murid baru... persediaan kewangan dan ... aaah..! banyak lagi lah...

Persediaan aku sebagai guru juga perlu di upgread kan. Takkan samakot tahun 2009 dengan tahun 2010. mesti ada perubahan dan pembaharuan... baru ada kemajuan.... maklumlah... dua kerja dalam satu masa. sebelah petang aku sebagai guru. mengajar dari kelas ke kelas. Guru KAFA.... sebelah pagi aku kerani.... duduk kat offis melayan karenah murid, ibu bapa, guru-guru dan segala kerja-kerja perkeranian...

Hah! besarnye tanggungjawab aku ye.... Apa boleh buat... begitulah nasib sekolah Agama Tasik Tambahan ni... mungkin ada juga sekolah-sekolah yang lain yang sama nasib ngan Tasek Tambahan.... Sekolah yang besar sebegini tidak ada kerani. Jadi... jawatan kerani ini adalah usaha PIBG untuk membantu sekolah... bayar elaun kerani untuk membantu Guru Besar melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya...

Kalau korang baca story ni, tentu korang pelik.... bleh ke buat kerja... nak mengajar lagi.... kerani lg... Aku pun tak tahu... boleh tak boleh, dah 10 tahun melaksanakan tanggungjawab aku sebagai kerani dan Guru KAFA. Terima kasih kepada Guru Besar, Pihak Sekolah dan PIBG kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Ustaz Razali bin Sehab. Dialah Guru Besar yang melantik aku sebagai kerani tanpa ditemuduga dan disoal selidik..... Percaya sepenuhnya...:-) Bukan aku nak bodek tapi, itulah kenyataan. Selepas dia bertukar, gant pula dengan Guru Besar baru iaitu Ustaz Hj. Azammuddin bin Zainuddin. Dia ni agak skima sikit tapi... biasalah, setiap orang lain penampilannya. kenalah layaaan... Setelah lebih kurang 8 tahun dia pula berpindah dan ganti lagi dengan Guru Besar baru... Pn. Rohana Binti Misran....

Berubahlah lagi karektor.... komen banyak takde guna. sebagai pekerja kenalah terima perubahan-perubahan itu. Bak kata Farah Fauzana.... "Layaaaaaaannnnn!!!!"

Aku tidak berhajat nak komen sesiapa tetapi... aku kena akui daripada tiga orang boss aku tu memang berbeza. Yelah... mana boleh sama. Manusia kan berbeza-beza. Tapi... 10 tahun memikul dua tanggung jawab, mengajar aku banyak perkara. pengalaman cukup mendewasakan aku dalam melalui segala dugaan dan cabaran. Satu penghargaan daripada aku kepada pihak sekolah. walaupun aku tidak diberikan apa-apa anugerah teapi.... peluang yang diberikan kepada aku untuk melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, sanagat bernilai untuk aku semadikan dalam kamus hidup aku.

Aku mungkin akan mengakhirkan bidang perkeranian ini pada bila-bila masa. Yelah... jawatan aku bukannya tetap. sekadar kerani lantikan PIBG.... bila datang kerani daripada JAIS mungkin khidmat aku tidak diperlukan lagi. aku kena terima kenyataan itu.

Walaupun hakikatnya terasa sayang dan sedih tetapi kenyataan itu harus aku terima. Aku bukannya berhenti terus daripada SRATT tapi melepaskan satu jawatan. aku masih setia dengan SRATT.... itulah suara hatiku dalam memujuk naluri sendiri....

Ahad, Disember 20, 2009

HAFIZ OH HAFIZ..!




Semakin Hafiz membesar, kian meniti usia dari hari ke hari terasa semakin aku dan abang diuji. Diuji dengan karenah yang kadangkala tidak terbatas kesabarannya. dalam sekecil usianya, kadangkala dia cuba untuk protes. bertindak ikut kehendaknya sendiri. menjadikan tangisan sebagai senjata untuk sesuatu perkara. adakala dia menunjukkan sikap melawan.... memang hilang kesabaran dibuatnya. Apa tidaknya, anak sekecil itu sudah mula tunjukkan sikap yang tidak enak dipandang. Terlintas difikiranku, bagaimana bila dia sudah meningkat dewasa kelak... seandainya perkara ini tidak dibendung dan dikawal... tentu akan lebih kritikal....

Semamangnya aku dan abang tidak bermanja-manja dan bermuka-muka, apatahlagi bila melihat Hafiz mula mengada-ngada. Bila aku terlalu marahkan Hafiz, terlintas juga difikiranku.... apakah betul tindakaknku? bolehkah aku gunakan persepsi sesetengah pihak... "Alah.... budak keciik.."

Jika sedari kecil tidak ditegur dan tidak diperbetulkan segala kesilapan... bilakah masanya? Bilakah usia yang selayaknya untuk ditegur dan dinasihati...?

Apabila melihat realiti kehidupan anak-anak diluar sana dalam kesibukan hiruk-pikuk ibu kota.... aku mula jadi takut. bagaimanapula dengan Hafiz yang kian membesar.... Aku dan abang impikan Hafiz menjadi Hafiz... justeru itu... kami perlu mendidiknya sebaik mungkin...

Teringat aku pada kata-kata Dato' Dr Fadilah Kamsah. "Orang yang hebat itu adalah golongan yang nakal masa kecilnya. Oleh itu, tuan-tuan jangan risau anak-anak kita nakal. inilah anak-anak yang hebat".

Ya Allah... semoga doa itu dimakbulkan oleh Allah.... berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah anakku... Puteraku yang seorang ini adalah anugerah dari Mu sabagai amanah kepada aku dan abang.... Bantulah kami dalam mendidiknya ya Allah.... Amin...

Selasa, Disember 15, 2009

HARI KELUARGA HAJI TAIB (K.H.T)




Pada Hari Raya Idulfitri yang ke empat baru-baru ini, wakil daripada keluarga Haji Taib telah membuat perjumpaan keluarga. sesiapa yang terlibat dengan keluarga Haji Taib diminta hadir ke majlis perjumpaan tersebut. Haji Taib ini adalah bapa kepada bapa mertua aku. akupun tak kenal. macam mana nak kenal, bapa mertua pun tak sempat berjumpa. walaubagaimanapun, bila dah termasuk dalam ahli keluarga tersebut.... tentunya kena ikut serta. tapi, aku tak kenal sesiapa dan itulah baru nak berkenalan.

Bermula daripada pertemuan itu maka dilancarlah pula salah silah keluarga yang dibuat secara online melalui GENI. di situlah pula bersambung segala perbincangan dan apa sahaja maklumat tentang keluarga.

Daripada keluarga Alang Bee, abanglah yang jadi wakil secara online. maklumlah dia yang expert sikit komputer. lagipun memang jadi minat dialah buat kerja dengan internet ni. so... segala maklumat tentang ahli keluarga daripada Alang Bee, dialah yang mengupdatekan.

Untuk mengembangkan lagi hubungan keluarga, 12 Disember baru-baru ini, KHT mengadakan perjumpaan lagi dengan mengadakan BBQ di pusat perkelahan Ulu Rening. wah ! best juga... kawasan air terjun.

Dapatlah bermandi-manda dan bersukaria disamping beramah-mesra dengan saudara mara yang tidak dikenali. Yang paling best sekali ialah budak-budak, apa tidaknya... dapat mandi air terjun.

Lain pula ngan Hafiz. Puas disuruh mandi, langsung tak nak. Hai..! anak aku ni slow sikit. mungkin takut agaknya bila tengok air deras sangat. Tak apa lah Hafiz, jangan berani sangat.



Inilah mak mertua, suami dan anak aku. mak nampak happy je dengan muka slamba.... dapat berjuma cucu cicit Haji Taib.



Wajah paling happy ... tak dapat mandi air terjun pun takpe asalakan dapat berjalan... lagipulak naik Van. Memang paling disukai Hafiz...





Sesekali dapat bercuti sebegini memang best...! Tu yang dok berendam kat dalam ir tu tak sejuk ke...

Mungkin akan datang program seperti ini akan diteruskan. terima kasih kepada penganjur...

Selasa, Disember 08, 2009

FACEBOOK

Aku baru saja selesai menjelajah Facebook. Aku bukannya pandai sangat baru tengah belajar-belajar. Orang kata Facebook ni boleh laman untuk mencari kenalan. Mungkin kita boleh jumpa sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan. tak dapat bersua muka, berutus khabar berita dan perkembangan pun kira OK lah tu...

Memang betul pun, bila cuba-cuba belajar menjelajah Facebook ni.... jumpalah beberapa orang rakan yang sama-sama belajar di S.M.A Maahad al-Islah dulu. aku belum sempat berutus tapi, bila tengok muka diorang kat facebook tu... teringat zaman sekolah dulu. terasa rindu pulak pada kenangan-kenangan zaman sekolah.

Ada member senior dan junior aku masa kat Maahad dulu. muka semuanya dah berubah.... ada yang semakin tembam dan ad yang panjang.... ada yang dah bernak 2 - 3 orang. Lama sudah masa berlalu....

Walaubagaimanapun, yang berlalu tidak mungkin berulang lagi dan abadikan kenangan itu hingga ke akhir hayat.... Semoga kita semua bahagia hendaknya. Amin....

Sabtu, Disember 05, 2009

HARI RAYA KORBAN...

Dah lebih seminggu aku meninggalkan blog ini. terasa rindu untuk menulis. walaupun aku ni taklah pandai menulis tetapi, bila berbicara dari hati terasa lebih puas. walaupun kadang-kadang kita rasa puas bercerita dengan sahabat dan teman... terutamanya teman karib yang adakalanya kita rasa boleh berkongsi segala-galanya tetapi... tidak dapat memberi kepuasa seperti mana kita meluahkannya dengan penulisan.

Pertamanya aku nak ucapkan selamat kembali kepada semua yang dah mula bertugas setelah bercuti Hari Raya 'Idul Adha. Kepada yang melaksanakan korban dan meraikan korban, tahniah diucapkan dan selamat menjamu selera....

hari Raya 'Idul Adha merupakan Hari Raya Korban. Hari teragung Umat Islam menyingkap sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s yang telah berkorban dari sudut ‘ruhiyyah’ sebelum Allah s.w.t menggantikan pergorbanan tersebut dengan korban zahiriah. Allah s.w.t telah menguji keimanan seseorang itu dengan pelbagai jenis dugaan dan cubaan dan hasil dari ujian tersebut akan lahirlah manusia yang tinggi kualitinya dari sudut rohani dan jasmani. Oleh itu penolong dikala mendapat ujian itu ialah ketakwaan yang mendorong seseorang itu menghadapi ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t dengan penuh ikhlas dan tawaddu’. Inilah yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s yang merupakan 2 insan terpilih untuk memberi petunjuk dan teladan kepada umat manusia di sepanjang zaman.

Semoga kita umat Islam dapat menghayati dan mengambil iktibar daripada pengorbanan tersebut yang aku kira sejarahnya tidak asing dari pengetahuan umat Islam. sentiasa menjadi cerita dan buah mulut guru-guru agama yang mengajar di kelas, surau dan masjid....

Walaupun sebagai manusia biasa, bukanlah perkara mudah untuk kita melakukan pengirbanan sehingga ketahap yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim namun, ambillah sedikit iktibar daripada pengorbanan tersebut bagi menginsafi diri kita yang amat kerdil di sisi Allah s.w.t ini. letakkan diri kita ditahap yang selayaknya. jangan terlalu angkuh dan takbur di muka bumi Allah.....