Isnin, September 26, 2011

PROF. DR. MUHAYA

24 september 2011
Masjid al-Azim , Pandan Indah, Ampang Selangor.

Tarikh istimewa yang sungguh memberi kesan yang mendalam di hatiku.... bila seorang ilmuan kudekati dan ku kenali. tersa kerdil diri ini.... betapa ceteknya ilmu sebagai seorang Isteri, ibu dan pendidik.

PROF. DR. MUHAYA MUHAMMAD



Nama yang sungguh tidak asing lagi dalam dunia pencinta ilmu. Suaranya sering keudara di corong radio IKIM. mendengar suaranya menyampaikan ilmu... terasa ada keikhlasan di hatinya.... keperibadiannya sungguh cantik....

Tapi hari ini, aku dapat mendengar ceramahnya secara live... Aku bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNYA aku diberi kesempatan untuk hadir ke masjid al-Azim, Pandan Indah walaupun dalam kesibukan menghadiri Open House... Al-hamdulillah... peluang keemasan yang sanagat bernilai....



Ubat Rohani sebelum rawat pesakit...

Belajarlah kerana Allah... kajilah ciptaan Allah...Jadikan setiap kerja itu Ibadah...

Subahanallah. mulianya insan ini. Kesungguhannya menyampaikan ilmu sungguh menyentuh perasaan. terasa kerdil diri ini dan ceteknya ilmu yang aku ada.

Carilah kecintaan Allah. kita akan bahagia selamanya....



Setelah bersesak-sesak ngan muslimat... dapat gak tanda tangan Dr. Muhaya... bersalaman dengan seorang pencinta Ilmu yang berjaya, sungguh membanggakan...