Khamis, Januari 28, 2010

HAFIZ MULA MENGENAL HURUF...

Lama sungguh rasanya aku tak update blog ni. Nak update macam mana... nak jengukpun taksempat. sibuk sungguh. Tapi takpelah... mungkin dengan sibuk-sibuk aku ni boleh kuruskan badan sikit. Dah tak larat rasanya nak bawak badan..... Berdoa jelah....

Story yang best untuk aku abadikan dalam Blog ini ialah tentang putera kesayangan ku MUHAMMAD HAFIZ ANWAR. Usia Hafiz 3 tahun 4 bulan dah mula mengenal huruf. Semua huruf yang dilihat di mana-mana sahaja dia akan sebut. Biarpun huruf itu terbalik atau font yang berbeza-beza memang dia boleh sebut. Maknanya Hafiz memang kenal. Dia tidak Hafal seperti sesetengah kanak-kanak lain.

Hafiz dah mula mengaji. tengah seronok mengaji Iqra', tak kira masa mana, dia akan ambil Iqra' untuk baca.

Alhamdulillah. perkembangan yang baik buat Hafiz.

Semoga kesungguhan itu berterusan dan Hafiz tidak akan jemu untuk mengaji. aku tidak tahu usia seberapakah sepatutnya seorang kanak-kanak itu mula belajar membaca tapi ... aku bangga dengan keupayaan Hafiz.

Andainya satu hari nanti Hafiz baca blog ini, tahulah wahai anakku.... betapa besarnya harapan ayah dan mak pada Hafiz. Biar apapun bidang yang Hafiz ceburi... Hafiz akan Hafaz al-Quran.

Jumaat, Januari 08, 2010

SEKOLAH.... SEKOLAH.... SEKOLAH...

Dah masuk minggu kedua rupanya persekolahan sesi 2010. Tak sedar, begitu pantas masa berlalu.Penatnya hanya Tuhan yang tahu. kat ofis sibuk. kat kelas pun sibuk... sememangnya dua minggu ini hari penat sedunia.

Sebabkan penat dan sibuk.... banyak benda yang terbengkalai. Puasa ssunat isnin dan khamis yang menjadi azam aku selepas Ramadhan 2009 dan Solat sunat Dhuha belum dapat dilaksanakan lagi. Tapi... aku kentalkan semangat.... minggu ini aku mulakan semula dua ibadah yang tertangguh itu. al-Hamdulillah....

Bagi pelajar yang baru masuk tahun satu... bermacam-macam ragam. maklumlah anak kecil yang baru kenal alam persekolahan. berenggang dengan ibu bapa. tapi ibu bapa ni pun satu hal juga... memeningkan kepala guru-guru... tunggu kat tepi kelas tengok anak. macam tak percayalak kat guru-guru yang ngajar....

"Hai pakcik-makcik... kakak-kakak... abang-abang.... janganlah tunggu kat pintu kelas tu. bagilah can kat guru-guru tu nak handle anak tuan-tuan.... pleaaaaasssss lah!"

Wah! macam aku pulak yang ngajar tahun satu... tapi takpelah, aku cuba menyelami hati guru-guru lain. kalau aku sendiripun memang tak selesa....

Aku masih mengekalkan carta sebagai guru tahun enam.... so, terima kasih bebanyak pada Guru Besar yang masih memberi kepercayaan kepada aku. Di bagi pulak aku kelas 6 Abu Bakar (kelas pertama). Bertambah mudah le kerja aku. maklumlah... nak handle budak cerdik-cerdik.....

Tapi lain pulak ceritanya.... dah dibagi kelas yang agak senang sikit, kerja pulak bertimpa-timpa kat aku...

1- Pengurus akau panjar
2- Pembantu mengurus akaun kedai sekolah
3- Bendahari Surau sekolah
4- Setiausaha peperiksaan.

Hai... semuanya berkaitan dengan duit... poning kopala den..:-)

Bila banyak tugas macam ni agak-agaknya bolehke tahun ni dapat anugerah guru cemerlang... ? kuang...kuang..kuang... Yelah.. anugerah yang biasa ada, tak kiralah kategori manapun...

Alah... aku tak pernah fikirpun sesutu anugerah yang dibagi oleh Guru Besar walaupun ada beberapa orang guru yang dapat anugerah. Aku buatje eku mengikut kemampuan. lagipun semua tu adalah untuk mencari ilmu dan pengalaman. So... terima kasihlah kepada yang memberikan tugas-tugas kat aku.

Tapi aku jadi hairan bila ada diantara guru yang aku tengok tidak diberi tugas pun. dan adapulak yang diberi tugas bertubi-tubi. tugas itu dan ini macam aku....! Tapi yang tak banyak tugas pulak dapat anugerah .... hhhmmmmm .... pelik bin ajaib. Yelah... mungkin anugerah yang sesuai dengan tugas nye yang tak banyak tu... datang sekolah ngajar... buat RPP ... tolong sikit-sikit mana yang patut.... pastu balik... begitulah rutin seharian.... so, apa nak diheran kalau dapat anugerah RPP terbaik...

Dan guru-guru yang dibagi tugas bertubi-tubi ni takde pulak anugerah guru serba boleh.. hu..hu...hu...

Apa ertinya semua itu...? Bukan nak mengutuk atau mengata tapi... melahirkan rasa keliru dengan apa yang berlaku.... Mungkin kuat bodek kot... Tooolllooooonggg lah..!! Perkara yang cukup aku anti. Yang kaki bodek tu tak malu... gunakan orang untuk kepentingan peribadi.... dan yang kena bodek.... mungkin kurang cerdik sebab tak perasaan yang diri tu dipergunakan.... so... jadilah pemimpin yang bijak menilai... kaca dan permata....

Rabu, Januari 06, 2010

ANAK ADALAH ANUGERAH...



TATKALA MULA MENGENAL DUNIA.... DIRIMU HADIR IBARAT KAIN PUTIH YANG SUCI BERSIH... BELUM TERCEMAR DARI SEGALA DOSA DAN NODA... KELAHIRANMU MERUPAKAN AMANAH BESAR DARIPADA ALLAH KEPADA KAMI (AKU DAN ABANG) UNTUK MENCORAKKANNYA.



PERJALANAN HIDUPMU MASIH JAUH... SEMOGA KAU MENJADI INSAN SOLEH... SEBAGAI HARTA KEPADA MAK DAN AYAH





ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI... PENYERI KEHIDUPAN MAK DAN AYAH... JADILAH INSAN BERTAQWA....





HARAPAN AYAH.... BIAR APAPUN BIDANG YANG HAFIZ CEBURI, HAFIZ MENJADI HAFIZ AL-QURAN.

HARAPAN MAK... HAFIZ MENJADI ANAK YANG SOLEH....




KETIKA BERUSIA SATU TAHUN.

WAHAI ANAK....
MENGANDUNGKANMU ADALAH SAAT PALING INDAH...
KELAHIRANMU MENGHINPUN SEGUNUG HARAPAN...
BERTARUH NYAWA....
MENAHAN DERITA ....
NAMUN...
TANGISAN PERTAMMU MELUPAKAN SEKETIKA DERITA...
TIDAK TERASA SAKITNYA...
MENGHARAPKAN SESUATU YANG BERHARGA DARIMU...
TIADA DOA YANG PALING INDAH MELAINKAN...
KAU MENJADI ANAK YANG SOLEH...


06 jan 2010 (8.50 pagi)

Ahad, Januari 03, 2010

BACK TO SCHOOL...

KEPADA SEMUA WARAG PENDIDIK DAN PELAJAR-PELJAR.... SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. 04 JANUARI 2010. SEMOGA LANGKAH PERTAMA KITA KE GERBANG SEKOLAH MASING-MASING DENGAN AZAM BARU... SEMANGAT BARU....

JADILAH INSAN YANG CEMERLANG BAIK DARIPIHAK GURU MAHUPUN PELAJAR.... IKHLASKAN DIRI KERANA ALLAH S.W.T....

Sabtu, Januari 02, 2010

TAHUN BARU DATANG LAGI...

Dua hari sudah berlalu tahun 2010. Tahun baru muncul lagi... sungguh pantas masa berlalu. dari hari ke hari menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini... tidak terasa berakhirnya tahun demi tahun..

Seperti biasa bila menjelang tahun baru orang sekeliling baik saudara-mara atau sahabat handai akan bertanya apa azam tahun ini?

Setiap tahun menanamkan azam.... kekadang aku rasakan apakah itu menjadi adat atau satu kemestian menanamkan azam menjelang tahun baru atau sekadar memaniskan bibir menuturkan sesuatu yang belum pasti.....

Sebelum menanmkan azam untuk tahun baru yang belum pasti... sudahkah terlaksana azam tahun yang lalu.... yang tentunya telah ditinggalkan....


Sememangnya elok menanmkan azam pada tahun baru kerana... untuk seseorang itu merubahkan dirinya terutamanya kepada perkara-perkara yang lebih baik... tentunya ada sebabnya.... Maklumlah kekadang kita malu untuk berubah... takut orang kata "kononnya nak tunjuk baik"... tapi apabila menjelang tahun baru tentu mereka akan kata "ooooo.... sempena tahun baru...."

Aku masih ingat... perubahan yang aku lakukan selepas aku berkahwin... masa sekolah dulu peraturan sekolah kena pakai tudung labuh bagi pelajar perempuan... so... ap lagi, dah jadi peraturan sekolah kenalah ikut... tapi selepas habis sekolah.... aku sama seperti perempuan lain... masih punya keinginan untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung yang bersepah kat pasaran sana....tudung bawal, tudung turki dan ntah apa-apa lagi yang kadang-kadang aku sendiri pun tak tahu. Daripada keinginan itu maka, berubahlah imej tudung aku...

Tetapi... bila sesekali fikir macam teringin nak kembali dengan tudung-tudung labuh macam masa sekolah dulu... apatah lagi aku ni digelar USTAZAH... Walaupun sekadar Guru KAFA tapi... nialaian seorang guru itu sangat tinggi di mata masyarakat. Bila keluar semua orang akan tegur... "Ustazaaahh.." Tapi, aku tidak punya kekuatan untuk itu.... Biasalah... perasaan malu lebih mengatasi segala-galanya sehinggalah aku dipertemukan dengan abang...

Selepas kami bertunang... abang hadiahkan aku tudung labuh sempena hari lahirku... aku sungguh terharu... abang suka lihat perempuan bertudung labuh.... kata abang... "jangan malu... bila dah kawin orang tidak akan cakap apa-apa sebab dah ada suami... suami yang membentuk dan mendidik..tapi... terpulang.." abang tinggalkan aku dengan keputusan aku sendiri.

Aku akur dengan kenyataan itu so... memang aku berazam untuk menukar imej tudung aku selepas aku kahwin. Bila melihat hadiah di depan mata... rasa macam berkobar-kobar nak pakai tapi... sekali lagi aku terlalai...Selepas khawin pun aku belum pakai lagi hadiah tersebut. Azam tinggal azam. mungkin sebab tidak ada yang mengingatkan... Apatah lagi bila hadiah hantaran daripada abang ada sepasang baju dan tudung bawal. so... aku tidak rasa abang betul-betul mengharap.

Abang tidak mendesak dan dibiarkan aku dengan keputusan aku sendiri tetapi apabila keluar bersama dia akan puji sesiapa sahaja yang dipandang bertudung labuh... "Cantik nya perempuan itu..." mana boleh tahan bila suami asyik puji orang je....:-)

Sekali lagi aku berazam untuk melakukan perubahan itu pada tahun baru 2005. Untuk melaksanakan azam itu, aku ajak abang pergi Nagoya untuk membeli beberapa helai tudung lagi supaya boleh bergilir-gilir untuk seminggu bekerja... maklumlah kerja macam aku ni mesti banyak baju dan tudung... hari-hari mesti mau tukar...Benda baik... abang memang bagi sokongan kat aku...

Setelah persediaan lengkap... 01/01/2005 bermulalah imej baru aku hinggalah ke hari ini... al-hamdulillah... satu perubahan yang baik...

Sememangnya kekuatan seorang wanita itu pada suaminya. seorang isteri akan lakukan apa sahaja untuk menyenangkan hati suaminya....

Terima kasih abang atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan..

So... kepada sahabat-sahabat... laksankanlah azam sebaik mungkin dan berazamlah untuk perbaiki diri agar kita menjadi insan lebih cemerlang di Dunia dan di Akhirat...

wassalam..