Selasa, November 10, 2009

PEPERIKSAAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini telah berakhir peperiksaan akhir tahun untuk pelajar-pelajar tahun 1 hingga 5. Nampaknya dah hampir berakhir sesi persekolahan tahun 2009. Hai... cepatnye masa berlalu. rasa macam baru mula sekolah je...

Walau bagaimanapun, selepas ini bertungkus lumuslah guru-guru untuk menyemak kertas jawapan. semua mesti cepat. Yelah, keputusan peperiksaan murid mesti diketahui segera sebab di hari terakhir sekolah mereka akan diraikan dengan Hari Kecemerlangan pelajar. Masa tu, pelajar yang berjaya akan menerima hadiah. Masa tulah yang best nya semasa bergelar pelajar.

Nampaknya ada yang tak tidor malam lah guru-guru ni. Tapi kalau aku... tidor tetap tidor cuma aku lebih suka bangun sebelum subuh. Selepas solat sunat, aku mula menyemak kertas jawapan. Masa tu, nampakle wara' sikit... :-) Yelah.. kalau dulu masa bujang lain situasinya tapi... sekarang bila dah berkeluarga, lain pulak le situasinya..

Namun apa yang merilekskan aku, aku ngaja pelajar tahun 6. Diorang telah selesai menduduki peperiksaan PSRA. PSRA ni macam UPSR le jugak cuma semuanya pelajaran agama. Sekolah Agama lah katakan. Pelajaran Tauhid, Fekah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Tajwid, Al-QUran dan Hafazan... Pening juga ler Bebudak ni nak jawab...

Walaupun nampak rilek sebab tak payah menyemak kertas jawapan, berdebor juga aku nak menunggu keputusan peperiksaan keluar. Biasanya keputusan akan keluar sebelum cuti sekolah. Jadi... nampaknya dah tak lamala dah... Hai.. aku pulak yang risau. Ye lah.. sebagai guru, aku juga terkena tempiasnya. Berjaya kah mereka atau gagal kah mereka...? Kalau ramai yang berjaya.... AL-Hamdulillah. Gurunya juga yang dapat pujian... Tapi.. kalau ramai yang gagal... No komen. Gurukah yang harus dipersalah kan?

Walau apapun... tunggu jelah keputusan nya. Guru-guru yang lain, jangan jealous dengan guru tahun 6 sebab tak payah semak kertas jawapan. Kalau ada yang cemburu dan iri hati... tahun depan boleh mintak mngajar darjah 6. kita tukar yeeerrr.... Aku pun dah lama ngajar darjah 6, boleh juga nak rasa ngajar budak kecik-kecik ni....

HARAPAN DAN IMPIAN



Anak adalah anugerah Allah dan amanah kepada ibu bapa. lahirnya kedunia ibarat kain putih yang bersih. Hanya ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Bagaimanakah corak yang menjadi pilihan dan idaman itulah hasilnya.

Begitu jugalah dengan aku dan abang. Hafiz adalah permata yang perlu digilap dari awal supaya cahayanya dapat terus bersinar sampai bila-bila. Menanamkan impian dan harapan yang tinggi pada anak sulung ini agar ia menjadi contoh yang terbaik.

ANAK SOLEH itulah impian.... HAFIZ ALQURAN menjadi harapan.






MUHAMMAD HAFIZ ANWAR..... Itulah rangkaian nama yang menjadi pilihan kami berdua. Pada aku.... aku tidak kisah sangat apa sahaja nama yang baik tapi abang... dia cuba menghimpunkan harapan dan impiannya pada nama anak sulung kami. Abang impikan anaknya akan menjadi HAFIZ suatu hari nanti. Dikuatkan dengan guru al-Qurannya seorang Hafiz sebagai Idola. Namanya Khairul Anwar. Jadi daripada situ, terbentuklah nama anak sulung kami MUHAMMAD HAFIZ ANWAR BIN KHAIRIL ANIZAN.

Kini usia Hafiz lebih 3 tahun. Al-Hamdulillah.... dia semakin cerdik. Walaupun kadangkala aku agak emosi melayan karenah Hafiz tapi... hati ini tetap terhibur. Kami sama-sama mendidik dan membesarkan Hafiz dengan impian dan harapan. Tiada kalimah terindah dalam doa kami setiap selepas Solat melainkan Mengharapkan Hafiz menjadi anak yang Soleh.

HAPPYBIRTHDAY

28 OKTOBER 2009 yang lalu merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Biarpun iatelah berlalu namun, tulisan ini tetap aku postkan diruangan blog ini sebagai tanda hari ini telah berlalu bagiku. Kesibukan aku setiap hari di rumah, sekolah dan kedai membuatkan aku tidak dapat menulis dengan tepat pada masanya. Tapi bagiku itu semua tidak penting…. Berapa lama sekalipun ia berlalu namun tarikh itu tetap abadi sampai bila-bila. Menjadi keramat dalam diriku setiap tahun. Apa yang membimbangkan aku sekiranya tarikh itu tidak lagi kutemui…. maka berakhirlah penghitungan umurku dari tahun ke tahun . alamak… syahdu le pulak…


Kini genaplah usiaku 30 tahun. Sudah 30tahun rupanya...jumlah bukanlah satu tempoh waktu yang singkat untuk dihitung. Cuma... tertanya pada diri sendiri, apakah ada 30 tahun lagi untuk aku menghitung usiaku? Berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan...? Soalan yang tiada jawapan. Hanya Tuhan yang tahu..

Walaubagaimanapun... aku perlu muhasabah diriku... menghitung 30 tahun yang telah berlalu. Apakah perisiannya telah cukup untuk aku sebagai hamba Allah...? Apakan aku bersedia sekiranya dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa..?

Mengenangkan 30 tahun telah berlalu, terasa amat kerdil diri ini di Sisi Tuhan sedangkan diri ini semakin hampir untuk dipanggil oleh-Nya.

Aku sedar, aku bukanlah insan yang terbaik dan lengkap dari segala sudut. Aku insan biasa, yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Aku juga adalah hamba seperti hamba-hamba lain yang perlu menerokai dunia ini dengan pelbagai Ilmu. Mencari dan terus mencari untuk melengkapkan diri sebelum mengadap Illahi.

Oleh itu, sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiranku tahun ini, tahun yang ke 30... aku bangun jam 4.30 pagi menunaikan solat sunat Hajat, memohon dari Allah untuk diberi petunjuk dan hidayah yang berkekalan agar aku tidak jauh terpesong dari landasan-Nya. Amin...

Diserikan dalam hidupku bersama suami dan anakku, aku berazam akan menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini. Apatahlagi, ulangtahun kelahiranku selepas Ramadhan dan Syawal... Aku teruskan Iltizamku sempena Ramadhan tahun ini untuk menunaikan puasa Sunat Isnin dan Khamis. Alhamdulillah... berakhir sahaja Syawal ini, aku dah mula berpuasa sunat ISnin dan Khamis. semoga ibadah ini dapat diteruskan. Insya Allah.