Sabtu, Mac 19, 2011

Hari ini sekali lagi aku diduga oleh Allah Taala. menarik satu nikmat kesihatan dalam diriku menjadikan aku hilang arah. DEMAM... penyakit yang biasa dilalui oleh semua orang... Tapi, itu juga salah satu ujian Allah... apatah lagi satu family demam. Suami dan anak juga turut mengalami masalah yang sama...

Jarang-jarang sekali demam, sekali demam... terasa perit juga... tapi, apa nak buat itulah lumrah kehidupan...

Pada awal nya aku plan nak balik kampung untuk majlis pernikahan adikku Abdul Rashid Ali. Aku balik ngan Hafiz je. Abang x ikut.... biasalah, orang kerja sendiri, mana blh nk pk cuti je.... So... aku plan nk tumpang adik balik ngan Hafiz sahaja....

Inilah kenyataan hidup... kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Demam satu family... membuatkan plan tersebut terpaksa aku batalkan.

Fikiran bercelaru seketika. Mengenangkan aku kurang sihat. Abang pulak demam yang kuat. 2 hari x bangun. Hafiz pun demam agak kuat..... Hati nak jugak balik untuk majlis tersebut. Tambahan pulak dah bagi tau Hafiz. Dia asyik nanya saja....

Aku cuba jadi yang profesional agar aku boleh control semuanya. menjadi seorang yang spiritual... aku akui ujian Allah pada aku....

So... aku batalkan plan balik kampung dan maaf buat semua kerana tidak dapat bersama kalian dalam majlis tersebut. Apa-Apa pun aku berdoa agar semuanya berjalan dengan baik.....

Khamis, Mac 03, 2011

DUNIA BARU BUAT ANAKKU...

03 Mac 2011...

Masuk bulan ketiga 2011... baru hari ni aku dapat menulis sesuatu di skrin ini...

Rasanya masih belum terlewat sekiranya ingin aku mancatat memori persekolahan anakanda MUHAMMAD HAFIZ ANWAR sebagai kenangan....

terasa baru semalam menahan sakit melahirkan Hafiz... dan hari ini, Hafiz dah ke sekolah. 5 tahun telah berlalu...

Mendidik anak menjadi yang terbaik mestilah bermula dari pendidikan awalnya. Mulanya, pening jugak nak pilih sekolah untuk Hafiz. kalau boleh nak kan tadika islam yang ada nursery... ada... tapi, agak jauh... Pasti... tak ada nursery....

Akhirnya, aku temui TADIKA TAWAKAL... Islamic kintergarten....


03 Mac 2011...

Inilah Tadika yang menjadi pilihan aku dan abang buat anakanda tersayang. semoga menjadi yang terbaik..
TADIKA TAWAKAL, TAMAN MELUR, AMPANG




TASKA AL-AMIN
Inilah nursery.... tempat persinggahan Hafiz sepanjang aku dan abang bekerja. Kini, Hafiz dah x pergi rumah Mak Pah lagi....
Hafiz mesti berdikari... hidup dengan kawan-kawan. macam dok asrama le pulak...



Hari pertama melihat Hafiz pakai baju sekolah. Wah ! bergaya gitu... dah besor anak mak...

Tapi... kenangan manis yang dilalui oleh Hafiz... sampai sekolah nangis....

Inilah dugaan buatku dan abang. Kalau sebelum ni aku melihat ragam pelajar-pelajar ke sekolah. menangis, tak nak masuk kelas dan berbagai karenah... kini, aku diuji dengan situasi sebegitu....

Begitulah peringkat permulaan dunia baru buat anak ku....
Alahai Blog....

terasa lama sungguh aku tidak menjengok blog aku... terasa rindu untuk menulis sesuatu....

Walaupun aku bukanlah ahli sasterawan tetapi... memperkatakan sesuatu dengan penulisan amatlah memberi kepuasan....

kali terakhir coretan ku pada 28 Oktober 2010... kini, 2011 mula membuka tirainya.... 2 bulan sudah berlalu... sungguh tidak terasa pantasnya masa berlalu.

Leka dengan kesibukan tugas dan tanggungjawab, terlupa pada AZAM dan impian... inilah aku...

menyedari hakikat kelemahan ini terasa kerdilnya aku sebagai hamba Allah di muka bumi ini...

Walaupun kadang kala, aku dianggap hebat di samping rakan-rakan sekerja... mendapat anugerah KPI terbaik 2010 tapi, aku tidak akui kehebatan itu kerana.... aku masih lagi tidak dapat menyeimbangkan semua tugas hakiki aku... menjadi seorang isteri, ibu, anak dan pendidik bukanlah satu perkara yang mudah....