Selasa, Disember 15, 2009

HARI KELUARGA HAJI TAIB (K.H.T)




Pada Hari Raya Idulfitri yang ke empat baru-baru ini, wakil daripada keluarga Haji Taib telah membuat perjumpaan keluarga. sesiapa yang terlibat dengan keluarga Haji Taib diminta hadir ke majlis perjumpaan tersebut. Haji Taib ini adalah bapa kepada bapa mertua aku. akupun tak kenal. macam mana nak kenal, bapa mertua pun tak sempat berjumpa. walaubagaimanapun, bila dah termasuk dalam ahli keluarga tersebut.... tentunya kena ikut serta. tapi, aku tak kenal sesiapa dan itulah baru nak berkenalan.

Bermula daripada pertemuan itu maka dilancarlah pula salah silah keluarga yang dibuat secara online melalui GENI. di situlah pula bersambung segala perbincangan dan apa sahaja maklumat tentang keluarga.

Daripada keluarga Alang Bee, abanglah yang jadi wakil secara online. maklumlah dia yang expert sikit komputer. lagipun memang jadi minat dialah buat kerja dengan internet ni. so... segala maklumat tentang ahli keluarga daripada Alang Bee, dialah yang mengupdatekan.

Untuk mengembangkan lagi hubungan keluarga, 12 Disember baru-baru ini, KHT mengadakan perjumpaan lagi dengan mengadakan BBQ di pusat perkelahan Ulu Rening. wah ! best juga... kawasan air terjun.

Dapatlah bermandi-manda dan bersukaria disamping beramah-mesra dengan saudara mara yang tidak dikenali. Yang paling best sekali ialah budak-budak, apa tidaknya... dapat mandi air terjun.

Lain pula ngan Hafiz. Puas disuruh mandi, langsung tak nak. Hai..! anak aku ni slow sikit. mungkin takut agaknya bila tengok air deras sangat. Tak apa lah Hafiz, jangan berani sangat.



Inilah mak mertua, suami dan anak aku. mak nampak happy je dengan muka slamba.... dapat berjuma cucu cicit Haji Taib.



Wajah paling happy ... tak dapat mandi air terjun pun takpe asalakan dapat berjalan... lagipulak naik Van. Memang paling disukai Hafiz...





Sesekali dapat bercuti sebegini memang best...! Tu yang dok berendam kat dalam ir tu tak sejuk ke...

Mungkin akan datang program seperti ini akan diteruskan. terima kasih kepada penganjur...