Rabu, November 25, 2009

SELAMAT BERCUTI DAN BERHARI RAYA....

Hai... dah hampir seminggu rupanya cuti sekolah. cepat sungguh masa berlalu. seronoknya pelajar-pelajar kita ni ye... cuti sekolah datang lagi.

Selamat bercuti kepada semua pelajara-pelajar. Jangan terlalu seronok sangat. Ingat, selagi kita bergelar PELAJAR, kita tidak boleh lari daripada buku dan dunia ilmu. Cuti hanya untuk merehatkan kita daripada berulang alik pergi Sekolah dan bergelut dengan peperiksaan demi peperiksaan tetapi... belajar dan mencari ilmu tidak pernah cuti... sentiasa dekatkan diri dengan ilmu, insya Allah hidup kita akan selamat...

Kepada semua Guru-guru, termasuklah aku.... kenalah akui, yang semuanya adalah tanggungjawab. cuti sementara daripada mengajar tetapi... kerja-kerja lain masih banyak yang perlu disiapkan.... persediaan diri untuk sesi pengajaran tahun hadapan perlu di kemaskini... semoga kita dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. barulah ada kemajuan. Tanamlah dalam diri masing-masing untuk sentiasa meningkatkan prestasi keguruan demi melahirkan pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Wah..! Macam Motivater le pulak... taklah... aku bercakap untuk diri aku sendiri dan sesiapa saja yang nak ikut serta ngan aku...

Jumaat (27 November 2009) merupakan Hari Raya Aidul Adha... esok aku nak balik kampung. so... selamat bercuti dan berhari raya... semoga kita sentiasa mendapat manafaat daripada keduanya... Insya Allah...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, November 23, 2009

HAFIZ DAH PANDAI BACA DO'A

Hari ke hari melihat perkembangan Hafiz, aku sungguh terhibur. dah banyak perubahan yang telah berlaku. Tutur kata Hafiz semakin petah, dia dah boleh di ajak bersembang. dia dah pandai bercerita perkara yang telah berlaku terutama di rumah kak Pah (pengasuh Hafiz). Pendek kata, tak boleh la… kak Pah nak buat sesuka hati. Bila balik sahaja, dia akan bagi tau itu dan ini.

Sekarang pula dia lebih suka panggil aku Ummi dan panggil abang Abi. aku pulak le yang kekok. walaupun aku membahasakan diri aku dengan istilah Mak, tapi… dia tetap dengan gaya bahasanya sendiri. gelaran Ummi untuk emak dan Abi untuk ayahnya. aku pun tak kesah lah… apa-apa pun tak pe.

Yang terbaru tentang Hafiz, dia dah pandai baca Do’a belajar.

Sememangnya aku ada mengajar budak-budak mengaji waktu malam. Tak ramai pun… ada la 4 orang. Sebelum mengaji, aku surah budak-budak tu baca Do’a dulu. ikut kemampuan diorang. ada do’a panjang dan ada doa pendek. Yang dah masuk Tadika tu, pandailah baca do’a tapi ada yang sorang tu belom sekolah lagi, aku akan ajar dia sebut satu persatu. al-Hamdulillah… semuanya boleh ikut.

Setiap kali aku ajar mengaji, aku akan suruh Hafiz duduk sekali mengaji. Kalau sebelum puasa dulu, dia mahu juga duduk ikut mengaji tapi… dengan cara dialah… dia rasa nak baca, dia baca dengan pelat dia…. dia nak berenti, diapun berentilah…. aku pun tak kisah sangat… tapi sekarang ni, dia dah tak nak mengaji. bila disuruh mengaji, dia akan jawab ”malas!” Tak apalah….

Tapi bila setiap hari melihat budak-budak mengaji… baca do’a sebelum mengaji… dia sendiri baca doa tersebut dengan lancarnye tapi… separuh. yang selebihnya… dia belasah ikut rentak dia. tapi, boleh fahamlah sebutannya….

al-hamdulillah, 3 tahun 4 bulan , Muhammad Hafiz Anwar dah pandai baca doa belajar. satu perkembangan yang baik….

Anak mak kan nak jadi Ustaz…. nak jadi anak Soleh… nanti mak dan ayah ajar lagi do’a yang lain…..

Ahad, November 22, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 5

20 November yang baru berlalu merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 5. Sudah lima tahun rupanya aku menjalani kehidupan bersama abang. 20 November 2004 merupakan tarikh keramat yang tidak mungkin dapat dilupakan. Dengan satulafaz, kami sah sebagai pasangan suami isteri. Segala yang haram menjadi halal. Sungguh indah hukum Allah s.w.t.




Tahun ketiga perkahwinan kami iaitu tahun 2006, kami dikurniakan seorang putera. Al-hamdulillah….

Pejam celik…. Pejam celik…Kini, sudah lima tahun kami melalui kehidupan berdua dengan seorang cahaya mata. Begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru semalam diijab qabulkan.



Kata orang, selepas lima tahun barulah matang sebuah rumah tangga. Betulkah andaian itu? Walaubagaimanapun, pada aku semuanya atas diri sendiri dan pasangan masing-masing. Sama-samalah kita memelihara kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga agar terpelihara daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Aku rasa, kita mampu menjadikan sesuatu itu mengikut kehendak kita. Seringkali berdoa kepada Allah s.w.t agar dipelihara rumah tangga kita serta menjalani kehidupan yang diredhoi oleh-Nya Amin….!

Hari ini teringat aku pada sebuah bingkisan yang dikirimkan oleh abang kepadaku melalui SMS sebelum kami bertunang. SMS itu aku simpan hingga ke hari ini. Hari ini, aku salin semula coretan itu di dalam blog ini agar ianya terus menjadi ingatan dan kenangan.

SMS yang ditulis pada 13 Ogos 2004 ( 17:29:40)

“aku bukannya seorang pahlawan, yang mampu melindungimu sepanjang kehidupan. Atau bukanlah seorang hartawan, yang mampu menyalutimu dengan kemewahan. Dan bukan juga seorang cendikiawan, yang mampu mendidikmu penuh kesempurnaan. Yang aku punya…. Hanyalah hati dan perasaan! Kiranya itu mampu membahagiakan akan kubekalkan sepanjang-panjang perjalanan percintaan….”

Isnin, November 16, 2009

PERSIAPAN UNTUK HKI

Hari Kecemerlangan Ilmu (HKI) adalah hari penyampaian anugerah kepada murid-murid yang cemerlang di dalam peperiksaan. hari inilah hari gembira bagi mereka apabila kejayaan mereka dihargai. dapat hadiahlah katakan....

beginilah persiapan meraikan HKI yang akan diadakan pada 21 November ini.



hai..! petugas bahagian hadiah, semuanya control ayu ye....
Ok lah tu, banyak hamper.... jangan orang yang membungkus tak dapat udah...



kemasnya bungkusan tu... dah booking ke....?

Ahad, November 15, 2009

KEPUTUSAN PSRA

14 November 2009

Keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dah keluar dan tiba ke Sekolah pada petang 12 November 2009 (Khamis). PSRA ni samalah juga macam UPSR kat sekolah Kebangsaan tu tapi, kat Sekolah Agama disebut PSRA. Semuanya terdiri dari matapelajaran agama. Tauhid, Fekah, Akhlak, Sirah, Tajwid, Bahasa Arab, Khat, Jawi, Al-Quran dan Hafazan. Banyak juga yeerrr…? Peperiksaan inilah yang menilai pencapaian pelajar daripada tahun 1 hingga 6 belajar di sekolah agama.

Maka hari ini berakhirlah penantian mereka yang selama ini ditunggu-tunggu. Termasuklah guru-guru yang bertungkus lumus mengajar. Nak tahu juga hasilnye kan…? Namun demikian, keputusan tersebut tidak boleh diberikan lagi kepada pelajar-pelajar kerana ia perlu dikemaskini dan disemak sebaik mungkin agar tidak berlaku apa-apa masalah.

71.9 % , itulah peratus kesuluruhan keputusan yang diterima. Kami guru-guru tahun 6 semua bersyukur dengan keputusan tersebut. Memang gembira. 3 orang mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), 28 orang Jaid Jiddan (sangat baik ). Selebihnya mendapat pangkat Jaid (Baik), Maqbul (lulus) dan Rosib (gagal). Peratus tersebut telah meningkat daripada tahun lepas yang hanya mendapat 68% sahaja. Bila ada peningkatan itu bermakna adalah perubahan. Perubahan yang baik. Ada kemajuan…tambahan pula tahun ini calon peperiksaan begitu ramai iaitu 150 orang calon. Sememangnya lebih mencabar bagi kami guru-guru. Maklumlah, ramai yang pandai dan ramai juga yang lemah. Ada yang tak boleh nak membaca dan menulis. Itulah cabaran kepada semua guru.

Tapi cabaran itu dapat disahut apabilab bilangan murid yang gagal telah dapat dikurangkan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas sehingga melebihi 50 orang calon. Tahun ini, jumlah murid yang gagal hanya 40 orang sahaja. Al-Hamdulillah. Ini satu peningkatan yang sangat hebat. Apa nak dikejar murid yang cemerlang jika ramai lagi murid yang gagal (tidak lulus). Itu yang membuatkan kami (guru tahun 6) sangat gembira.

Memang tidak dapat dinafikan keceriaan wajah guru-guru tahun 6. semuanya tersenyum kegembiraan. Cerianya wajah Kak Pah, Kak Kib, Esah, Rasdan dan Rohana jelas terpancar. Aku semamangnya happy, walaupun kadang-kadang orang tak perasan kegembiraan aku tapi…. Itulah realitinya. Yelah… muka takde reaksi…. Apa boleh buat?

Disebalik kegembiraan kami dengan keputusan yang baru diumumkan, tersentuh juga hati ini bila melihat Guru Besar sedikit kecewa. Walaupun dia tidak mengucapkan kekecewaan itu tetapi, terselit dalam dirinya perasaan tersebut. Mana mungkin dia gembira bila sasarannya tidak tercapai. Guru Besar target pelajar mumtaz sahaja. Dia tidak target peratus keseluruhan meningkat. Dia mengharapkan Mumtaz sehingga 20 orang. Alasannya murid ramai, tentu ramai yang pandai….



Aku tak berani nak ulas dan komen apa-apa… Cuma aku bertanya sendiri, salah kami guru-guru ke yang tak pandai mengajar atau salah Guru Besar yang target terlalu tinggi?

Aku tahu, sebagai Guru Besar baru, dia inginkan satu perubahan. Baik dari segi fizikal sekolah mahupun pencapaian dalam pelajaran. Sekarang ini pun dia tengah buat beberapa perubahan. SRA Tasek Tambahan kini semakin gah dimata masyarakat. Terutama pada sudut pandangan fizikalnya. Mungkin inilah usaha Guru Besar baru. Tahniah Ustazah… baru beberapa minggu bertugas, banyak perubahan dapat dilihat. Pintu-pintu kelas bertukar baru, Cat Sekolah baru…. Papan-papan tanda baru… pendek kata, sekali pandang… indahnya SRA Tasek Tambahan. Memang orang yang melihat dengan perasaan akan kata “ini mesti kerja Guru Besar baru”. Memang ketara perubahannya.

Itu semua aku tak nak komen Cuma sekarang ni, dengan keputusan yang baru diterima mungkinkah dia rasa satu kegagalan apabila gagal mencapai sasarannya seperti yang telah di war-warkannya…? Maafkan kami Ustazah sekiranya kami gagal memberikan yang terbaik untuk mencapai target Ustazah. Kami dah berusaha sebaik mungkin dan inilah keputusannya.

Sememangnya SRA Tasek Tambahan tidak pernah mencapai calon Mumtaz lebih daripada 5 orang. Beberapa tahun terakhir ini 3 sahaja yang mendapat gred Mumtaz. Itulah jumlah yang paling tinggi tapi, apabila dikhabarkan kepada kami target Guru Besar tahun ini 20 orang Mumtaz, kami sungguh terkejut dan ia merupakan satu tekanan kepada kami. Untuk mencapai sasaran tersebut, kami memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Kami perlu diberi pendedahan cara terbaik mengajar bagi mencapai sasaran tersebut. Walaupun dikalangan kami semuanya dah melebihi 5 tahun mengajar tetapi, demi marealisasikan sesuatu perubahan, kami perlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Apa yang diharapkan tidak kesampaian. Kami ditinggalkan dengan harapan yang menggunung tinggi. Tiada panduan dan penunjuk arah. Sehingga sampai dikemuncaknya. Inilah hasilnya.

Mungkin dapat diperbaiki di masa akan datang untuk merealisasikan sebuah impian….

Rabu, November 11, 2009

KARENAH HAFIZ




Pejam celik… pejam celik… dah lebih 3 tahun umor Hafiz. “Dah besor rupanye anak mak ni”. Patutnya dah boleh ada adik. Tapi… takpelah, kita tunggu dan berdoa sajalah ye…
Hafiz semakin besar dan semakin lincah. Mulutnya… Ya Allah, sampai tak terjawab di buatnya. Kadang-kadang naik pening kepala aku. Soalan demi soalan keluar daripada mulutnya yang kadang-kadang aku tak tahu nak jawab apa. Tapi… walaubagaimanapun, aku tahu, dia dalam proses nak belajar jadi…. Kita kenalah sabar. Sebagai manusia… kadang-kadang tak sabor juge aku dibuatnya. Maklumlah, aku bekerja. Penat balik kerja, datang pulak ragam nya yang tak menentu. Tapi… jika difikirkan balik, tak boleh babitkan kerja jugak .Ini adalah amanah dan tanggungjawa. Yang penting kita kena pandai bahagikan masa.
Aku faham semua itu. Tapi… apakan daya, sebagai manusia biasa kita seringkali diuji. Kaerenah anak juga adalah ujian. Menguji kekuatan dan ketahanan kita dalam mendidik anak. Apatah lagi dalam usianya yang terlalu kecil untuk memahami tentang kehidupan, tentang hokum hakam dan seluruh aspek kehidupan. Kitalah yang wajib mencoraknya.
Hafiz dah mula memahami tentang kehidupan dan rentak hidup kami. Dia dah mula faham tentang mak dan ayahnya serta kerjanya. Dia juga dah faham kenapa dia dihantar ke rumah orang setiap pagi.
“Mak nak pegi kerje? Ayah nak kerja… nak cari duit… beli susu, beli pempers… beli baju Hafiz…”
Kalau dulu, dia akan menangis setiap kali dia dihantar ke rumah Mak Pah (penjaga Hafiz). Tak sampai hati aku dan abang lihat dia menangis setiap kali ditinggalkan. Tapi.. macam mana? Kerja perlu diteruskan…..al-Hamdulillah, sekarang dia dah faham.
Banyak lagi keletah Hafiz yang menyenangkan hati aku. Tentang solat…. Seusia Hafiz 3 tahun, dia dah boleh ikut solat dan Azan dengan pelatnya. Dia juga faham ….Azan itu tandanya masuk waktu dan kena solat. Tapi… yang buat aku pening bila aku uzur (tak solat). Dia akan Tanya “apasal mak tak sembahyang?” Aku akan jawab dengan jawapan yang boleh meyakinkan dia supaya dia tak ulang lagi soalan itu….
Tapi akhir-akhir ini Hafiz dah pandai merajuk. Dia akan cupa melakukan sesuatu untuk menarik perhatian aku dan abang . Bila tak dilayan, dia akan merajuk. Masuk bilik sorang-sorang dan cakap dia nak tidor….  Pandai sungguh Hafiz.
Namun walau apapun, aku bersyukur dengan perkembangan Hafiz. Kenakalannya menghiburkan hati aku dan abang. Karenah dan keletahnya sunggh menceriakan rumah tangga kami. Cuma aku sering berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah ankku.




Sesungghnya anak adalah anugerah yang paling bermakna. Lahirnya ibarat seperti kain putih yang suci dan bersih. Kamilah (aku dan abang) yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kami dalam mendidik dan membesarkan Hafiz agar menjadi anak yang soleh…. Amin


RAHSIA DISEBALIK SENYUMAN

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

WANITA ITU CANTIK

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”



“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

Selasa, November 10, 2009

PEPERIKSAAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini telah berakhir peperiksaan akhir tahun untuk pelajar-pelajar tahun 1 hingga 5. Nampaknya dah hampir berakhir sesi persekolahan tahun 2009. Hai... cepatnye masa berlalu. rasa macam baru mula sekolah je...

Walau bagaimanapun, selepas ini bertungkus lumuslah guru-guru untuk menyemak kertas jawapan. semua mesti cepat. Yelah, keputusan peperiksaan murid mesti diketahui segera sebab di hari terakhir sekolah mereka akan diraikan dengan Hari Kecemerlangan pelajar. Masa tu, pelajar yang berjaya akan menerima hadiah. Masa tulah yang best nya semasa bergelar pelajar.

Nampaknya ada yang tak tidor malam lah guru-guru ni. Tapi kalau aku... tidor tetap tidor cuma aku lebih suka bangun sebelum subuh. Selepas solat sunat, aku mula menyemak kertas jawapan. Masa tu, nampakle wara' sikit... :-) Yelah.. kalau dulu masa bujang lain situasinya tapi... sekarang bila dah berkeluarga, lain pulak le situasinya..

Namun apa yang merilekskan aku, aku ngaja pelajar tahun 6. Diorang telah selesai menduduki peperiksaan PSRA. PSRA ni macam UPSR le jugak cuma semuanya pelajaran agama. Sekolah Agama lah katakan. Pelajaran Tauhid, Fekah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Tajwid, Al-QUran dan Hafazan... Pening juga ler Bebudak ni nak jawab...

Walaupun nampak rilek sebab tak payah menyemak kertas jawapan, berdebor juga aku nak menunggu keputusan peperiksaan keluar. Biasanya keputusan akan keluar sebelum cuti sekolah. Jadi... nampaknya dah tak lamala dah... Hai.. aku pulak yang risau. Ye lah.. sebagai guru, aku juga terkena tempiasnya. Berjaya kah mereka atau gagal kah mereka...? Kalau ramai yang berjaya.... AL-Hamdulillah. Gurunya juga yang dapat pujian... Tapi.. kalau ramai yang gagal... No komen. Gurukah yang harus dipersalah kan?

Walau apapun... tunggu jelah keputusan nya. Guru-guru yang lain, jangan jealous dengan guru tahun 6 sebab tak payah semak kertas jawapan. Kalau ada yang cemburu dan iri hati... tahun depan boleh mintak mngajar darjah 6. kita tukar yeeerrr.... Aku pun dah lama ngajar darjah 6, boleh juga nak rasa ngajar budak kecik-kecik ni....

HARAPAN DAN IMPIAN



Anak adalah anugerah Allah dan amanah kepada ibu bapa. lahirnya kedunia ibarat kain putih yang bersih. Hanya ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Bagaimanakah corak yang menjadi pilihan dan idaman itulah hasilnya.

Begitu jugalah dengan aku dan abang. Hafiz adalah permata yang perlu digilap dari awal supaya cahayanya dapat terus bersinar sampai bila-bila. Menanamkan impian dan harapan yang tinggi pada anak sulung ini agar ia menjadi contoh yang terbaik.

ANAK SOLEH itulah impian.... HAFIZ ALQURAN menjadi harapan.






MUHAMMAD HAFIZ ANWAR..... Itulah rangkaian nama yang menjadi pilihan kami berdua. Pada aku.... aku tidak kisah sangat apa sahaja nama yang baik tapi abang... dia cuba menghimpunkan harapan dan impiannya pada nama anak sulung kami. Abang impikan anaknya akan menjadi HAFIZ suatu hari nanti. Dikuatkan dengan guru al-Qurannya seorang Hafiz sebagai Idola. Namanya Khairul Anwar. Jadi daripada situ, terbentuklah nama anak sulung kami MUHAMMAD HAFIZ ANWAR BIN KHAIRIL ANIZAN.

Kini usia Hafiz lebih 3 tahun. Al-Hamdulillah.... dia semakin cerdik. Walaupun kadangkala aku agak emosi melayan karenah Hafiz tapi... hati ini tetap terhibur. Kami sama-sama mendidik dan membesarkan Hafiz dengan impian dan harapan. Tiada kalimah terindah dalam doa kami setiap selepas Solat melainkan Mengharapkan Hafiz menjadi anak yang Soleh.

HAPPYBIRTHDAY

28 OKTOBER 2009 yang lalu merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Biarpun iatelah berlalu namun, tulisan ini tetap aku postkan diruangan blog ini sebagai tanda hari ini telah berlalu bagiku. Kesibukan aku setiap hari di rumah, sekolah dan kedai membuatkan aku tidak dapat menulis dengan tepat pada masanya. Tapi bagiku itu semua tidak penting…. Berapa lama sekalipun ia berlalu namun tarikh itu tetap abadi sampai bila-bila. Menjadi keramat dalam diriku setiap tahun. Apa yang membimbangkan aku sekiranya tarikh itu tidak lagi kutemui…. maka berakhirlah penghitungan umurku dari tahun ke tahun . alamak… syahdu le pulak…


Kini genaplah usiaku 30 tahun. Sudah 30tahun rupanya...jumlah bukanlah satu tempoh waktu yang singkat untuk dihitung. Cuma... tertanya pada diri sendiri, apakah ada 30 tahun lagi untuk aku menghitung usiaku? Berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan...? Soalan yang tiada jawapan. Hanya Tuhan yang tahu..

Walaubagaimanapun... aku perlu muhasabah diriku... menghitung 30 tahun yang telah berlalu. Apakah perisiannya telah cukup untuk aku sebagai hamba Allah...? Apakan aku bersedia sekiranya dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa..?

Mengenangkan 30 tahun telah berlalu, terasa amat kerdil diri ini di Sisi Tuhan sedangkan diri ini semakin hampir untuk dipanggil oleh-Nya.

Aku sedar, aku bukanlah insan yang terbaik dan lengkap dari segala sudut. Aku insan biasa, yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Aku juga adalah hamba seperti hamba-hamba lain yang perlu menerokai dunia ini dengan pelbagai Ilmu. Mencari dan terus mencari untuk melengkapkan diri sebelum mengadap Illahi.

Oleh itu, sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiranku tahun ini, tahun yang ke 30... aku bangun jam 4.30 pagi menunaikan solat sunat Hajat, memohon dari Allah untuk diberi petunjuk dan hidayah yang berkekalan agar aku tidak jauh terpesong dari landasan-Nya. Amin...

Diserikan dalam hidupku bersama suami dan anakku, aku berazam akan menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini. Apatahlagi, ulangtahun kelahiranku selepas Ramadhan dan Syawal... Aku teruskan Iltizamku sempena Ramadhan tahun ini untuk menunaikan puasa Sunat Isnin dan Khamis. Alhamdulillah... berakhir sahaja Syawal ini, aku dah mula berpuasa sunat ISnin dan Khamis. semoga ibadah ini dapat diteruskan. Insya Allah.