Ahad, Mei 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna buat semua guru. HARI GURU... Satu penghargaan dan penghormatan untuk semua yang bergelar GURU...

GURU... orang yang mengajar orang lain walaupun hanya satu huruf telah di i'tiraf sebagai GURU. Betapa hebatnya seorang guru. Guru bukan sahaja mulia di mata masyarakat dengan jasa dan baktinya malah dia amat mulia disisi Allah. sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang-orang yang menyampaikan ilmunya kepada orang lain...

Oleh itu, sempena hari guru 2010, saya memperingatkan diri saya dan semua Guru-guru agar memelihara imej seorang guru.... jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan sedangkan dia sendiri berjalan tak betul....

Sambutlah kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah kerana Allah sendiri telah mengangkat martabat seorang GURU... Nescaya ada sinar keberkatan dan keredhoan dalam diri kita...


GURU OH GURU


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

LAGU TEMA HARI GURU 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Isnin, Mei 10, 2010

UTUSAN BUAT IBU DI HARI IBU...

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU TERSAYANG....



SITI HAWA BINTI HASSAN.

Andai dulu kau merasai keperitan mengandungkanku selama sembilan bulan.... sakit nya saat melahirkanku... susah payahnya membesarkanku.... kini 31 tahun telah berlalu...
Namun aku tahu... kenangan itu tidak mungkin kau lupakan walau sesaat...

Aku mula mengerti dan faham bila semua itu aku lalui....

kini.. aku menjejakimu ... menjadi seorang ibu...

aku sedar ketabahan dan kesabaranmu dalam melayani karenah anak-anakmu... sepatutnya aku menjadi anak sulungmu namun... aku adalah anak keenam buat dirimu... saat kau bergelar pengantin baru... kau menerima tanggungjawab menjaga lima orang anak tiri yang saat itu semuanya masih bati dan kanak-kanak yang mengharapkan kasih sayang seorang ibu... Tanpa keluh kesah dan dengan ikhlas dan redho, kau menerima tanggungjawab itu... Tabahnya hatimu dan kentalnya kesabaran mu ibu...

Kini... aku ragu dengan diriku... mampukah aku atau tumpahkah kesabaran dan ketabahanmu itu pada diriku....? Aku mengharap dan berdoa agar aku juga mampu setabah dirimu....

Hari ini.... sempena HARI IBU... aku amat merinduimu... Biar kita tidak dapat berjumpa dengan tugas dan tanggungjawab namun... aku sentiasa berdoa agar dirimu dibwerkati dan dirahmati.... semoga kau menjadi wanita terbaik... Isteri solehah dan ibu yang terbaik....

SELAMAT HARI IBU....

Sabtu, Mei 08, 2010

HARI IBU 2010

Sambutan HARI IBU datang lagi... setiap hari minggu minggu kedua dalam bulan Mei merupakan hari ibu. Kalau sati ketika dulu aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibuku dan semua yang bergelar ibu tapi kini... hari itu merupakan hari meraikan aku sebagai ibu.




Tahun ini tahun keempat untuk aku diraikan sebagai ibu. ini bermakna anak aku telah berusia empat tahun.... saat paling gembira aku rasa pada tahun lepas 2009... pertama kalinya anak aku mengucapkan "CAMAT HALI IBU..." dengan pelat suaranya sungguh membuat aku terhibur....

Tahun ini aku lebih gembira apatah lagi melihat Hafiz semakin membesar.... mulutnya dah petah bercakap.... kaenahnya menghiburkan hati aku dan abang. walaupun sesekali dia membuatkan aku marah namun aku faham dan sedar bahawa itulah situasi anak-anak yang sedang membesar.




Melihat Hafiz semakin besar dan mula mengerti tentang kehidupan... aku dan abang cuba mendidik sebaik mungkin. dalam usia 4 tahun.... Hafiz dah baca Iqra' 2 . Hafiz telah mengenal hururf A hingga Z. Hafiz mula mengikut-ikut orang bersembahyang dan yang aku suka bila melihat Hafiz suka pergi Surau dan meminati kulia-kuliah di surau...

Aku yakin dengan jaminan Allah s.w.t bahawa doa para ibu bapa adalah doa yang paling makbul. Aku dan abang sentiasa berdoa agar Hafiz akan menjadi Hafiz suatu hari nanti dan menjadi anak yang Soleh insyaAllah....



Oleh itu... sempena HARI IBU tahun ini aku berazam untuk memantapkan diri untuk menjadi ibu yang terbaik....

SELAMAT HARI IBU buat ibu tercinta.... andai satu masa dulu kau merasa keperitan mengandung dan membesarkan anak-anakmu dan kini aku jua turut merasai semua itu... SEMOGA ALLAH MERAHMATI MU IBU.....

Rabu, Mei 05, 2010

KENANGAN YANG TERINDAH...

MENGIMBAS KENANGAN TERINDAH SAAT DISATUKAN PADA 21 APRIL 2004





BERMULA SEBUAH KEHIDUPAN DENGAN TEKAD DAN AZAM UNTUK MENJADI WANITA TERBAIK.... WALAUPUN TIDAK MAMPU MENJADI SEHEBAT FATIMAH ADZAHRA TETAPI... KEHEBATAN FATIMAH ADZAHRA BOLEHDIJADIKAN CONTOH DAN TAULADAN UNTUK SEMUA WANITA.




"BILA KU SEDARI DIRI DISAYANGI... LANGKAH KAKI INI SEMAKIN BERANI.... BILA TERKELIRU, KUUCAP NAMAMU.... TERASA DIRI KU KEMBALI DIPANDU.... KAU YANG PERTAMA TIADA AKHIRNYA.... AKU DALAM KEGELAPAN... ENGKAULAH CAHAYA...."