Khamis, Oktober 28, 2010

SSELAMAT PENDEK UMOR...:-)

Hari ini usiaku melangkah setapak lagi. 31 tahun.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT DIRI SENDIRI....:-)

Kalau dulu terasa takut dengan angka tiga.... setiap kali meraikan hari kelahiran.... terasa semakin tua tapi.... belum 30 lg takpe....:-) Aku sendiripun kekadang tak paham kenapa aku berfikiran sebegitu...? Apa yang aku takutkan...:
Takut tua? - Semua orang akan tua...
Takut dengan kematian...? - Semua orang akan mati...:-)

Tapi ulang tahun kelahiran aku tahun ini lebih tenang kerana ada sesuatu yang nak aku kongsikan....

Sememangnya aku pengikut setia majalah Solusi... Solusi keluaran kali ini membawa isu "PANJANGKAN USIAKU"

Isu ini mengingatkan kita tentang kehidupan kita.... perkara yang menjadi lumrah dan tradisi setiap kali menjelang hari lahir....

Ucapan yang biasa kita terima... "SEMOGA PANJANG UMOR..."

aL-hamdulillah... umor kita masih dipanjangkan hingga ke hari ini... tapi kita perlu ingat setapak kita melangkah, semakin pendek umor kita dan semakin dekat kita dengan kematian.....

kenyataan itu terlalu ringkas tetapi.... dalam maksudnya dan padat untuk dimengertikan.....

Apa yang penting.... perisian kehidupan kita.... Roani perlu dimantapkan agar kita bersedia menghadapi hari-hari yang akan datang terutamanya hari kematian...

Jadi.... hari ini, satu peringatan buat diriku bahawa umorku bukanlah semakin panjang tetapi semakin pendek.... semoga aku sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah untuk perjalanan hidup yang semakin singkat.....Amin..

Ahad, Oktober 24, 2010

MENJAHIT....

INILAH AKTIVITIKU HUJUNG MINGGU....




KALAU DULU AKU BELAJAR MENJAHIT UNTUK KEPERLUAN DIRI SENDIRI DAN FAMILY TP KINI, AKU DAH MAMPU MENERIMA TEMPAHAN....



MENJAHIT... MENJAHIT... MENJAHIT....

DAH BANYAK DAH KIRANYA AKU MENERIMA TEMPAHAN PADA TAHUN 2010 NI.... DENGAN SOKONGAN DARI ABANG... AL-HAMDULILLAH.... BOLEHLAH DIKATAKAN MENJAHITNI SEBAHAGIAN DARIPADA SUMBER PENDAPATANKU....

KALAU ADA MINAT... SEMUA BOLEH JADI....



TERIMA KASIH PADA ABANG KERANA TERUS MEMBERI SOKONGAN PADA AKU...

BOLEH KE AKU JD TUKANG JAHIT PROFESIONAL...?

SOALAN YANG SUSAH DIJAWAB TP AKU YAKIN.... ILMU JAHITAN ADALAH ILMU PRAKTIKAL... BILA KITA BELAJAR DAN AMALKAN... INSYA ALLAH... KITA AKAN MAHIR...

MENJAHIT MEMANG BEST.... TAMBAHAN PULA BILA MELIHAT ORANG PAKAI BAJU HASIL DARIPADA TANGAN KITA SENDIRI.... PUAS HATI...

SEMOGA AKU BOLEH MEMANTAPKAN LAGI KUALITI JAHITAN AKU DAN UNTUK TERUS JADIKAN IA SEBAGAI SATU BISNES...? HANYA ALLAH YG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA..... SEKARANG AKU MASIH MENERUSKAN STATUS SEBAGAI SEORANG GURU......

Isnin, Oktober 11, 2010

KENANGAN RAYA 2010




Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober. Kali terakhir aku menulis di blog ini pada Ogos yang lalu...

Begitulah lumrah alam. kesibukan yang tidak berkesudahan.

Sebulan berpuasa sudah berlalu. Syawal menjelma tidak terasa. kedua bulan itu telah pun ditinggalkan. Belum puas rasanya kesibukan beribadah dibulan Ramdhan. berterwikh, tadarus dan sebagainya....

Terasa baru semalam pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga.... tapi hari ini... aku di sini, melalui kehidupan seperti biasa.... menjalankan tugas sebagai isteri, ibu dan seorang guru....

apa boleh buat, itulah hakikat kehidupan....

Biarpun semuanya telah berlalu.... aku tidak mahu terlepas daripada merakamkan detik indah berhari raya pada tahun ini dalam catatan ku ini... agar ianya menjadi kenangan abadi....

Apa yang menarik raya tahun ini.... aku berjaya menyiapkan baju raya untuk semua insan yang tersayang.... baju kurung untuk mak... baju melayu untuk ayah, jubah buat ibu bertuaku, baju melayu sumi, mini jubah ala-ala punjabi gitu.... dan mini jubah untuk aku sendiri....

Memang agak penat sikit tp aku sungguh berpuas hati....

so... bergembira di hari Raya...

Selasa, Ogos 24, 2010

EXAM...

Salam buat semua anak muridku.... bermula peperiksaan percubaan PSRA...

GOOD LUCK...

Selasa, Ogos 10, 2010

SALAM RAMADHAN




Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi. semoga kita dapat mengimarahkan bulan ramadhan tahun ini sebagai pesta beribadah.

Semua orang baik dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan seluruh ummat Islam tahu akan tingginya darjat bulan Ramadhan tapi.... apakah semua itu hanya menjadi buah mulut kita sebagai bahan bualan sahaja...? atau faham kita sekadar apa yang kita belajar di sekolah satu masa dulu... semuanya terletak pada keimanan dan ketakwaan masing-masing....

Cuma apa yang ingin saya kongsikan disi ialah.... salah satu dari perkara yang tidak akan terputus sehingga kita meninggal ialah : "ILMU YANG DIAMALKAN"

Bagi sesiapa yang memahami lirik lagu ini dengan pandangan mata hati insya Allah... isinya jelas untuk diambil iktibar....

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BERKUALITI....

Isnin, Ogos 09, 2010

AMBILLAH WAKTU ITU SEBAIK MUNGKIN ....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Selasa, Ogos 03, 2010

DOA MAQBUL DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum buat semua blogger....

Kini Ramadhan datang lagi buat keberapa kalinya.. bergantung kepada usia kita hidup dimuka bumi Allah ini.

Al-hamdulillah. bersyukur kepada Illahi kerana masih diberi kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Apabila Allah telah memberi ruang dan peluang kepada kita maka hargailah kesempatan ini dan rebutlah seberapa banyak manafaatnya kerana bulan ini adalah bulan ibadah dan besar ganjaran yang Allah janjikan kepada kita....

Menjelangnya Ramdhan tahun ini, teringt saya pada Ramadhan 2005. pada tika itu, aku masih belum punyai anak setelah setahun berkahwin. walaupun setahun itu bukanlah tempoh yang lama tapi... sunyinya sebuah rumah tangga itu apabila tidak ada penyerinya.

Walaupun setahun hidup berdua tanpa anak... belum lagi sampai tahap untuk melakukan segala bentuk perubatan yang dianjurkan... Yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t... doa sahajalah yang menjadi pengikat aku dengan Allah s.w.t.

Menjelangnya Ramadhan... aku masih ingat pesanan abang... Bulan Ramdhan bulan sangat istimewa. Allah qabulkan setiap doa hambanya. Berdoalah setiap hari... anadai ada satu hari dalam Ramadhan itu Lailatul Qadar... pasti akan terkena doa kita pada hari tersebut sekiranya kita berdoa setiap hari...



Al-hamdulillah... pesanan yang tidak memeerlukan modal itu aku laksanakan... bersama-sama kami berdoa supaya dianugerahkan anak sebagai pelengkap kehidupan kami....

Allah taala telah menunjukkan kekuasaan-Nya. Yakin dan percaya dengan kuasa Allah... aku mengandung dua bulan selepas Ramdhan berlalu.... mula aku confirm mengandung... kandunganku sudah berusia 8 minggu... aku dan abang sungguh gembira.... Syukur pada Allah atas nikmat dan kurnia-Nya...

Apa yang nak aku kongsikan kepada semua blogger yang mengikuti blog aku ni... manafaatlah Ramadhan ini sebaik mungkin dan percayalah dengan janji Allah. Allah tidak pernah mungkir dengan janjinya....

Sebelum datangnya Ramadhan ini.... berazamlah untuk meningkatkan ibadah kita kerana bulan yang sangat istimewa ini tidak akan berseri dan tidak bermakna jika kita suramkan ia dengan perkara yang sia-sia....

Saya rasa semua peringkat manusia 'arif dan maklum akan hebatnya bulan Ramdhan. Semua orang boleh bercakap... tapi... mampukah kita merealisasikan Ramadhan itu?

Tepuk dada tanya IMAN...semoga kita akan tergolong dalam orang-orang yang sentiasa menjaga ibadahnya... AMIN

Jumaat, Julai 23, 2010

BAJU RAYA...

Lama sungguh aku tinggalkan blog ni. rasanya dah sebulan lebih... malam ni rasa rindu plak nk jengok dan tulislah sepatah dua perkataan....

Sekarang ni agak sibuk sikit... tambah pula aku dah melibatkan diri aku dalam dunia jahitan. Dulu belajar menjahit untuk jahit baju sendiri... rupa-rupanya ada plak pelanggan yang nk menempah... bukannya orang lain pun... sehabat-sahabat sekeliling aku gak...

Yang dh tempah sebagai pelanggan tetap pun ada.... Siti Norfadilah... :-)

walau apapun, aku ucap terima kasih kepada kenkawan yang beri kepercayaan kepada aku. kakawan-kawan yang berpuas hati ngan jahitan aku.... Time kasih bebanyak....

Pertama kalinya tahun ini aku terima tempahan baju raya.... tak banyakpun sebab aku bukan ada masa sangat nk menjahit. Aku terima sekadar yang aku rasa aku mampu buat... sahabat yang terpaksa aku tolak permintaannya... sorry...

Pada aku... ini juga ilmu dan pengalaman buat aku... ada gak sumber pendapatan tambahan.... tq

Rabu, Jun 09, 2010

KURSUS PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Aku telah menerima arahan untuk menghadiri KURSUS PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P & P ) BERKESAN di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) pada 1 hingga 3 Jun 2010.

Dalam kesibukan kerja-kerja kat sekolah pada waktu ini terasa berat juga hati ini untuk mengikuti kursus tersebut. meninggalkan sekolah bermakna meninggalkan tugas-tugas pentinmg yang mesti di siapkan. Persiapan untuk peperiksaan Tilawah dan Hafazan tahun enam, Kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun mesti disemak, kerja-kerja kat offis dan macam-macam kerja yang nak difikirkan..... Tapi bila difikirkan ini adalah arahan dan itulah tanggungjawab. Aku tinggalkan semuanya dan lupa buat seketika semua tugas-tugas di sekolah.

Jam 4.15 pagi aku bertolak dari Ampang menuju ke Sg. Lang Sabak Bernam. Meninggalkan suami dan anak untuk memenuhi kewajipan seperti yang tertera pada surat arahan. melihat jam 4.15 pagi macam tak sanggup nak pergi tapi... apa boleh buat, pendaftaran 7.30 hingga 8.30 pagi.... rela dalam paksa....

Memang tepat pada masanya.... kami sampai jam 7.30 pagi dan bermula dengan pendaftaran dan terus mengikuti aturcara yang ditetapkan.... masuk dewan keluar dewan... makan, solat... ada senama sedikit di waktu pagi dan sehinggalah program selesai....

Apa yang nak aku sebutkan di sini.... jika di lihat pada tajuk kursus... PENGURUSAN P & P BERKESAN.... Kebiasaan nya kursus ini diberikan kepada guru-guru baru.... tapi aku dah mengajar 10 tahun... tahun ini masuk tahun ke sebelas.... tahun ke sebelas baru ikut kursus sebegini......?

Al-Hamdulillah... kursus ini memang baik dan aku suka semua slot yang diprogramkan. Penceramah yang pandai mengambil perhatian peserta. memang BEST! Cuma aku rasa sedikit kerugian kerana tahun ke 11 mengajar baru dapat ikuti program sebegini.... sepatutnya mula mengajar dulu kami didedahkan dengan program seperti ini.... takdelah kekok sangat nak mengajar. Guru baru katakan....

Tapi walaubagaimanapun pada aku keberkesanan P & P adalah pada pelaksanaannya. itulah yang disebut ilmu dan Amal. kita pelajar walaupun masanya agak singkat (3 hari 2 malam) tapi.... kalau kita praktikkan dalam pengajaran kita seharian tentu ia akan kekal lebih daripada 2 hari 3 malam.....



GAMBAR KENANGAN PESERTA
KURSUS PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
1-3 JUN 2010



SIJIL PENYERTAAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH PENGARAH ILDAS

SEMOGA BAHAGIN PENDIDIKAN JAIS AKAN MELAHIRKAN GURU-GURU YANG BERKUALI, CEMERLANG DAN TERBILANG.....

Ahad, Mei 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna buat semua guru. HARI GURU... Satu penghargaan dan penghormatan untuk semua yang bergelar GURU...

GURU... orang yang mengajar orang lain walaupun hanya satu huruf telah di i'tiraf sebagai GURU. Betapa hebatnya seorang guru. Guru bukan sahaja mulia di mata masyarakat dengan jasa dan baktinya malah dia amat mulia disisi Allah. sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang-orang yang menyampaikan ilmunya kepada orang lain...

Oleh itu, sempena hari guru 2010, saya memperingatkan diri saya dan semua Guru-guru agar memelihara imej seorang guru.... jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan sedangkan dia sendiri berjalan tak betul....

Sambutlah kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah kerana Allah sendiri telah mengangkat martabat seorang GURU... Nescaya ada sinar keberkatan dan keredhoan dalam diri kita...


GURU OH GURU


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

LAGU TEMA HARI GURU 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Isnin, Mei 10, 2010

UTUSAN BUAT IBU DI HARI IBU...

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU TERSAYANG....



SITI HAWA BINTI HASSAN.

Andai dulu kau merasai keperitan mengandungkanku selama sembilan bulan.... sakit nya saat melahirkanku... susah payahnya membesarkanku.... kini 31 tahun telah berlalu...
Namun aku tahu... kenangan itu tidak mungkin kau lupakan walau sesaat...

Aku mula mengerti dan faham bila semua itu aku lalui....

kini.. aku menjejakimu ... menjadi seorang ibu...

aku sedar ketabahan dan kesabaranmu dalam melayani karenah anak-anakmu... sepatutnya aku menjadi anak sulungmu namun... aku adalah anak keenam buat dirimu... saat kau bergelar pengantin baru... kau menerima tanggungjawab menjaga lima orang anak tiri yang saat itu semuanya masih bati dan kanak-kanak yang mengharapkan kasih sayang seorang ibu... Tanpa keluh kesah dan dengan ikhlas dan redho, kau menerima tanggungjawab itu... Tabahnya hatimu dan kentalnya kesabaran mu ibu...

Kini... aku ragu dengan diriku... mampukah aku atau tumpahkah kesabaran dan ketabahanmu itu pada diriku....? Aku mengharap dan berdoa agar aku juga mampu setabah dirimu....

Hari ini.... sempena HARI IBU... aku amat merinduimu... Biar kita tidak dapat berjumpa dengan tugas dan tanggungjawab namun... aku sentiasa berdoa agar dirimu dibwerkati dan dirahmati.... semoga kau menjadi wanita terbaik... Isteri solehah dan ibu yang terbaik....

SELAMAT HARI IBU....

Sabtu, Mei 08, 2010

HARI IBU 2010

Sambutan HARI IBU datang lagi... setiap hari minggu minggu kedua dalam bulan Mei merupakan hari ibu. Kalau sati ketika dulu aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibuku dan semua yang bergelar ibu tapi kini... hari itu merupakan hari meraikan aku sebagai ibu.




Tahun ini tahun keempat untuk aku diraikan sebagai ibu. ini bermakna anak aku telah berusia empat tahun.... saat paling gembira aku rasa pada tahun lepas 2009... pertama kalinya anak aku mengucapkan "CAMAT HALI IBU..." dengan pelat suaranya sungguh membuat aku terhibur....

Tahun ini aku lebih gembira apatah lagi melihat Hafiz semakin membesar.... mulutnya dah petah bercakap.... kaenahnya menghiburkan hati aku dan abang. walaupun sesekali dia membuatkan aku marah namun aku faham dan sedar bahawa itulah situasi anak-anak yang sedang membesar.




Melihat Hafiz semakin besar dan mula mengerti tentang kehidupan... aku dan abang cuba mendidik sebaik mungkin. dalam usia 4 tahun.... Hafiz dah baca Iqra' 2 . Hafiz telah mengenal hururf A hingga Z. Hafiz mula mengikut-ikut orang bersembahyang dan yang aku suka bila melihat Hafiz suka pergi Surau dan meminati kulia-kuliah di surau...

Aku yakin dengan jaminan Allah s.w.t bahawa doa para ibu bapa adalah doa yang paling makbul. Aku dan abang sentiasa berdoa agar Hafiz akan menjadi Hafiz suatu hari nanti dan menjadi anak yang Soleh insyaAllah....



Oleh itu... sempena HARI IBU tahun ini aku berazam untuk memantapkan diri untuk menjadi ibu yang terbaik....

SELAMAT HARI IBU buat ibu tercinta.... andai satu masa dulu kau merasa keperitan mengandung dan membesarkan anak-anakmu dan kini aku jua turut merasai semua itu... SEMOGA ALLAH MERAHMATI MU IBU.....

Rabu, Mei 05, 2010

KENANGAN YANG TERINDAH...

MENGIMBAS KENANGAN TERINDAH SAAT DISATUKAN PADA 21 APRIL 2004





BERMULA SEBUAH KEHIDUPAN DENGAN TEKAD DAN AZAM UNTUK MENJADI WANITA TERBAIK.... WALAUPUN TIDAK MAMPU MENJADI SEHEBAT FATIMAH ADZAHRA TETAPI... KEHEBATAN FATIMAH ADZAHRA BOLEHDIJADIKAN CONTOH DAN TAULADAN UNTUK SEMUA WANITA.




"BILA KU SEDARI DIRI DISAYANGI... LANGKAH KAKI INI SEMAKIN BERANI.... BILA TERKELIRU, KUUCAP NAMAMU.... TERASA DIRI KU KEMBALI DIPANDU.... KAU YANG PERTAMA TIADA AKHIRNYA.... AKU DALAM KEGELAPAN... ENGKAULAH CAHAYA...."

Khamis, April 01, 2010

SEBULAN MENYEPI...

Assalamualaikum...

Sebulan aku menyepi... terasa kekok untuk menulis. Apatah lagi aku bukanlah seorang penulis. Manjadikan blog sebagai tempat untuk aku berbicara tanpa suara. gerakkan jari jemari dari suara hati memberi satu kepuasan. melahirkan rasa sediah, gembira, kecewa, penat dan segala perasaan yang ada. Namun, inilah realiti kehidupan...

Sebulan aku tidak berkesempatan menjengok blog ini bukanlah bermakna aku ni sibuk seperti Menteri-menteri di kabinet yang sentiasa memikirkan masalah negara tapi... sibuk aku dengan tugas-tugas harian seperti wanita-waita lain....

Di sekolah, sibuk dengan tugas-tugas yang telah diamanahkan... di rumah, sebagai suri rumah dan melaksanakan tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab... so... itu bukanlah bebanan tetapi tanggungjawab yang menjadi lumrah pada semua orang.

Perasaan tension, penat, stres dan macam-macam lagi..... sememangnya tidak dapat dielakkan tetapi aku akan rasa puas apabila aku dapat laksanakan semua tugas-tugas tersebut.... Berdiri di samping seorang suami yang memahami keadan dan situasi aku sungguh menaikkan semangat untuk aku terus meniti kehidupan. Hari-hari berlalu dengan tugasan yang sama tidak menimbulkan rasa boring atau bosan...

Kehadiran seorang putera sebagai penghibur menanmbahkan lagi serti dalam rumahtangga kami... walaupun kadang-kala karenahnya memeningkan kepala namun, itu juga adalah lumrah saat seorang kanak-kanak itu melalui proses pembesarannya. Kaletahnya menghilangkan tension walaupun kadang-kadang dia yang menimbulkan tension itu.

Bila aku menjengok facebook, aku rasa happy bertemu dengan rakan-rakan... walaupun tidak bersua muka namun, terasa seperti dekat sangat. dapat berbual dan bertanya khabar. ada di antara rakan-rakan sekolah yang aku dah lupa siapa orangnya... maklumlah dah lama meninggalkan zaman sekolah. semuanya berubah. ada yang semakin mengembang dan ada pula yang dah kurus melidi... macam-macam ada....

Sabtu, Februari 20, 2010

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini.

Rasanya dah lama aku tidak menjengok blog aku ni. maklumlah sibuk sangat tahun ni. aku pun tak tahu apa yang di sibukkan tapi setiap hari ada saja kerja yang perlu disiapkan. Daripada kerja kat Offis, kelas, kat kedai dan kerja-kerja kat rumah... semuanya perlu dibereskan.

Walauapapun aku bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah untuk melaksanakan semua itu. Cuma ada sedikit terkilan kerana majalah SOLUSI yang menjadi sumber bacaan pilihan ku dua siri aku tak sempat nak baca. Solusi Isu no 15 dan 16. Ni keluar pula Isu No 17... tapi tak pe, walaupun aku tak sempat baca aku tetap membelinya kerana banyak ilmu yang boleh aku perolehi daripada majalah tersebut. kalau tak beli, rasa rugi plak...

Wah! macam promosi la pulak .. . tapi tak pekan, peromosi perkara yang baik, takde masalah punya...

Dah lama aku tak menulis, terasa kekok pula... ketandusan idea.... kekadang terasa banyak story untuk diabadikan dalam blog ni tapi... ntah dimana permulaannya aku pun tak tahu.... takpelah.. nextime aku menulis...

Khamis, Januari 28, 2010

HAFIZ MULA MENGENAL HURUF...

Lama sungguh rasanya aku tak update blog ni. Nak update macam mana... nak jengukpun taksempat. sibuk sungguh. Tapi takpelah... mungkin dengan sibuk-sibuk aku ni boleh kuruskan badan sikit. Dah tak larat rasanya nak bawak badan..... Berdoa jelah....

Story yang best untuk aku abadikan dalam Blog ini ialah tentang putera kesayangan ku MUHAMMAD HAFIZ ANWAR. Usia Hafiz 3 tahun 4 bulan dah mula mengenal huruf. Semua huruf yang dilihat di mana-mana sahaja dia akan sebut. Biarpun huruf itu terbalik atau font yang berbeza-beza memang dia boleh sebut. Maknanya Hafiz memang kenal. Dia tidak Hafal seperti sesetengah kanak-kanak lain.

Hafiz dah mula mengaji. tengah seronok mengaji Iqra', tak kira masa mana, dia akan ambil Iqra' untuk baca.

Alhamdulillah. perkembangan yang baik buat Hafiz.

Semoga kesungguhan itu berterusan dan Hafiz tidak akan jemu untuk mengaji. aku tidak tahu usia seberapakah sepatutnya seorang kanak-kanak itu mula belajar membaca tapi ... aku bangga dengan keupayaan Hafiz.

Andainya satu hari nanti Hafiz baca blog ini, tahulah wahai anakku.... betapa besarnya harapan ayah dan mak pada Hafiz. Biar apapun bidang yang Hafiz ceburi... Hafiz akan Hafaz al-Quran.

Jumaat, Januari 08, 2010

SEKOLAH.... SEKOLAH.... SEKOLAH...

Dah masuk minggu kedua rupanya persekolahan sesi 2010. Tak sedar, begitu pantas masa berlalu.Penatnya hanya Tuhan yang tahu. kat ofis sibuk. kat kelas pun sibuk... sememangnya dua minggu ini hari penat sedunia.

Sebabkan penat dan sibuk.... banyak benda yang terbengkalai. Puasa ssunat isnin dan khamis yang menjadi azam aku selepas Ramadhan 2009 dan Solat sunat Dhuha belum dapat dilaksanakan lagi. Tapi... aku kentalkan semangat.... minggu ini aku mulakan semula dua ibadah yang tertangguh itu. al-Hamdulillah....

Bagi pelajar yang baru masuk tahun satu... bermacam-macam ragam. maklumlah anak kecil yang baru kenal alam persekolahan. berenggang dengan ibu bapa. tapi ibu bapa ni pun satu hal juga... memeningkan kepala guru-guru... tunggu kat tepi kelas tengok anak. macam tak percayalak kat guru-guru yang ngajar....

"Hai pakcik-makcik... kakak-kakak... abang-abang.... janganlah tunggu kat pintu kelas tu. bagilah can kat guru-guru tu nak handle anak tuan-tuan.... pleaaaaasssss lah!"

Wah! macam aku pulak yang ngajar tahun satu... tapi takpelah, aku cuba menyelami hati guru-guru lain. kalau aku sendiripun memang tak selesa....

Aku masih mengekalkan carta sebagai guru tahun enam.... so, terima kasih bebanyak pada Guru Besar yang masih memberi kepercayaan kepada aku. Di bagi pulak aku kelas 6 Abu Bakar (kelas pertama). Bertambah mudah le kerja aku. maklumlah... nak handle budak cerdik-cerdik.....

Tapi lain pulak ceritanya.... dah dibagi kelas yang agak senang sikit, kerja pulak bertimpa-timpa kat aku...

1- Pengurus akau panjar
2- Pembantu mengurus akaun kedai sekolah
3- Bendahari Surau sekolah
4- Setiausaha peperiksaan.

Hai... semuanya berkaitan dengan duit... poning kopala den..:-)

Bila banyak tugas macam ni agak-agaknya bolehke tahun ni dapat anugerah guru cemerlang... ? kuang...kuang..kuang... Yelah.. anugerah yang biasa ada, tak kiralah kategori manapun...

Alah... aku tak pernah fikirpun sesutu anugerah yang dibagi oleh Guru Besar walaupun ada beberapa orang guru yang dapat anugerah. Aku buatje eku mengikut kemampuan. lagipun semua tu adalah untuk mencari ilmu dan pengalaman. So... terima kasihlah kepada yang memberikan tugas-tugas kat aku.

Tapi aku jadi hairan bila ada diantara guru yang aku tengok tidak diberi tugas pun. dan adapulak yang diberi tugas bertubi-tubi. tugas itu dan ini macam aku....! Tapi yang tak banyak tugas pulak dapat anugerah .... hhhmmmmm .... pelik bin ajaib. Yelah... mungkin anugerah yang sesuai dengan tugas nye yang tak banyak tu... datang sekolah ngajar... buat RPP ... tolong sikit-sikit mana yang patut.... pastu balik... begitulah rutin seharian.... so, apa nak diheran kalau dapat anugerah RPP terbaik...

Dan guru-guru yang dibagi tugas bertubi-tubi ni takde pulak anugerah guru serba boleh.. hu..hu...hu...

Apa ertinya semua itu...? Bukan nak mengutuk atau mengata tapi... melahirkan rasa keliru dengan apa yang berlaku.... Mungkin kuat bodek kot... Tooolllooooonggg lah..!! Perkara yang cukup aku anti. Yang kaki bodek tu tak malu... gunakan orang untuk kepentingan peribadi.... dan yang kena bodek.... mungkin kurang cerdik sebab tak perasaan yang diri tu dipergunakan.... so... jadilah pemimpin yang bijak menilai... kaca dan permata....

Rabu, Januari 06, 2010

ANAK ADALAH ANUGERAH...



TATKALA MULA MENGENAL DUNIA.... DIRIMU HADIR IBARAT KAIN PUTIH YANG SUCI BERSIH... BELUM TERCEMAR DARI SEGALA DOSA DAN NODA... KELAHIRANMU MERUPAKAN AMANAH BESAR DARIPADA ALLAH KEPADA KAMI (AKU DAN ABANG) UNTUK MENCORAKKANNYA.



PERJALANAN HIDUPMU MASIH JAUH... SEMOGA KAU MENJADI INSAN SOLEH... SEBAGAI HARTA KEPADA MAK DAN AYAH





ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI... PENYERI KEHIDUPAN MAK DAN AYAH... JADILAH INSAN BERTAQWA....





HARAPAN AYAH.... BIAR APAPUN BIDANG YANG HAFIZ CEBURI, HAFIZ MENJADI HAFIZ AL-QURAN.

HARAPAN MAK... HAFIZ MENJADI ANAK YANG SOLEH....




KETIKA BERUSIA SATU TAHUN.

WAHAI ANAK....
MENGANDUNGKANMU ADALAH SAAT PALING INDAH...
KELAHIRANMU MENGHINPUN SEGUNUG HARAPAN...
BERTARUH NYAWA....
MENAHAN DERITA ....
NAMUN...
TANGISAN PERTAMMU MELUPAKAN SEKETIKA DERITA...
TIDAK TERASA SAKITNYA...
MENGHARAPKAN SESUATU YANG BERHARGA DARIMU...
TIADA DOA YANG PALING INDAH MELAINKAN...
KAU MENJADI ANAK YANG SOLEH...


06 jan 2010 (8.50 pagi)

Ahad, Januari 03, 2010

BACK TO SCHOOL...

KEPADA SEMUA WARAG PENDIDIK DAN PELAJAR-PELJAR.... SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. 04 JANUARI 2010. SEMOGA LANGKAH PERTAMA KITA KE GERBANG SEKOLAH MASING-MASING DENGAN AZAM BARU... SEMANGAT BARU....

JADILAH INSAN YANG CEMERLANG BAIK DARIPIHAK GURU MAHUPUN PELAJAR.... IKHLASKAN DIRI KERANA ALLAH S.W.T....

Sabtu, Januari 02, 2010

TAHUN BARU DATANG LAGI...

Dua hari sudah berlalu tahun 2010. Tahun baru muncul lagi... sungguh pantas masa berlalu. dari hari ke hari menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini... tidak terasa berakhirnya tahun demi tahun..

Seperti biasa bila menjelang tahun baru orang sekeliling baik saudara-mara atau sahabat handai akan bertanya apa azam tahun ini?

Setiap tahun menanamkan azam.... kekadang aku rasakan apakah itu menjadi adat atau satu kemestian menanamkan azam menjelang tahun baru atau sekadar memaniskan bibir menuturkan sesuatu yang belum pasti.....

Sebelum menanmkan azam untuk tahun baru yang belum pasti... sudahkah terlaksana azam tahun yang lalu.... yang tentunya telah ditinggalkan....


Sememangnya elok menanmkan azam pada tahun baru kerana... untuk seseorang itu merubahkan dirinya terutamanya kepada perkara-perkara yang lebih baik... tentunya ada sebabnya.... Maklumlah kekadang kita malu untuk berubah... takut orang kata "kononnya nak tunjuk baik"... tapi apabila menjelang tahun baru tentu mereka akan kata "ooooo.... sempena tahun baru...."

Aku masih ingat... perubahan yang aku lakukan selepas aku berkahwin... masa sekolah dulu peraturan sekolah kena pakai tudung labuh bagi pelajar perempuan... so... ap lagi, dah jadi peraturan sekolah kenalah ikut... tapi selepas habis sekolah.... aku sama seperti perempuan lain... masih punya keinginan untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung yang bersepah kat pasaran sana....tudung bawal, tudung turki dan ntah apa-apa lagi yang kadang-kadang aku sendiri pun tak tahu. Daripada keinginan itu maka, berubahlah imej tudung aku...

Tetapi... bila sesekali fikir macam teringin nak kembali dengan tudung-tudung labuh macam masa sekolah dulu... apatah lagi aku ni digelar USTAZAH... Walaupun sekadar Guru KAFA tapi... nialaian seorang guru itu sangat tinggi di mata masyarakat. Bila keluar semua orang akan tegur... "Ustazaaahh.." Tapi, aku tidak punya kekuatan untuk itu.... Biasalah... perasaan malu lebih mengatasi segala-galanya sehinggalah aku dipertemukan dengan abang...

Selepas kami bertunang... abang hadiahkan aku tudung labuh sempena hari lahirku... aku sungguh terharu... abang suka lihat perempuan bertudung labuh.... kata abang... "jangan malu... bila dah kawin orang tidak akan cakap apa-apa sebab dah ada suami... suami yang membentuk dan mendidik..tapi... terpulang.." abang tinggalkan aku dengan keputusan aku sendiri.

Aku akur dengan kenyataan itu so... memang aku berazam untuk menukar imej tudung aku selepas aku kahwin. Bila melihat hadiah di depan mata... rasa macam berkobar-kobar nak pakai tapi... sekali lagi aku terlalai...Selepas khawin pun aku belum pakai lagi hadiah tersebut. Azam tinggal azam. mungkin sebab tidak ada yang mengingatkan... Apatah lagi bila hadiah hantaran daripada abang ada sepasang baju dan tudung bawal. so... aku tidak rasa abang betul-betul mengharap.

Abang tidak mendesak dan dibiarkan aku dengan keputusan aku sendiri tetapi apabila keluar bersama dia akan puji sesiapa sahaja yang dipandang bertudung labuh... "Cantik nya perempuan itu..." mana boleh tahan bila suami asyik puji orang je....:-)

Sekali lagi aku berazam untuk melakukan perubahan itu pada tahun baru 2005. Untuk melaksanakan azam itu, aku ajak abang pergi Nagoya untuk membeli beberapa helai tudung lagi supaya boleh bergilir-gilir untuk seminggu bekerja... maklumlah kerja macam aku ni mesti banyak baju dan tudung... hari-hari mesti mau tukar...Benda baik... abang memang bagi sokongan kat aku...

Setelah persediaan lengkap... 01/01/2005 bermulalah imej baru aku hinggalah ke hari ini... al-hamdulillah... satu perubahan yang baik...

Sememangnya kekuatan seorang wanita itu pada suaminya. seorang isteri akan lakukan apa sahaja untuk menyenangkan hati suaminya....

Terima kasih abang atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan..

So... kepada sahabat-sahabat... laksankanlah azam sebaik mungkin dan berazamlah untuk perbaiki diri agar kita menjadi insan lebih cemerlang di Dunia dan di Akhirat...

wassalam..