Isnin, Oktober 10, 2011

SELAWAT SYIFA



ADMIN - ROZITA BINTI ALI

Khamis, Oktober 06, 2011

SUSPEN...

Aku sendiri belum pasti kerana tiada bukti tapi.... aku yang marasai. sesuatu yang kuat dalam diri mengatakan sesuatu tapi.... pengalaman membuatkan aku takut untuk berandaian sendiri...

Apa yang aku lakukan... hanya berdoa dan mengharap dari ILLAHI kerana aku tahu DIA yang maha mengetahui...

Sememang aku menunggu masanya akan tiba... setiap masa aku berdoa agar tiba waktu itu. tapi... aku letakkan keyakinan pada ILLAHI... andai dia memberi, Doaku di qabulkan.... tp, andai sebaliknya... aku redho dengan ketentuan-NYA kerana DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya....

Wallahu 'alam....

Selasa, September 27, 2011

Memaafkan org ... Hati menjadi tenang...

Adakalanya hati mudah tergurs... Mudah tersentuh dan berkecil hati...
Apakah ertinya itu? Umur semakin meningkat atau proses hormon yg tidak menentu...?
Aku keliru...
Namun... Belajar memaafkan kesLahan org lain, membuatkan hati menjadi tenang...
Ingat pesan dr muhaya... Pandang diri sendiri... Perbaiki kelemahan dan Kekurangan, jangan dok sibuk urusan org....

Isnin, September 26, 2011

PROF. DR. MUHAYA

24 september 2011
Masjid al-Azim , Pandan Indah, Ampang Selangor.

Tarikh istimewa yang sungguh memberi kesan yang mendalam di hatiku.... bila seorang ilmuan kudekati dan ku kenali. tersa kerdil diri ini.... betapa ceteknya ilmu sebagai seorang Isteri, ibu dan pendidik.

PROF. DR. MUHAYA MUHAMMAD



Nama yang sungguh tidak asing lagi dalam dunia pencinta ilmu. Suaranya sering keudara di corong radio IKIM. mendengar suaranya menyampaikan ilmu... terasa ada keikhlasan di hatinya.... keperibadiannya sungguh cantik....

Tapi hari ini, aku dapat mendengar ceramahnya secara live... Aku bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNYA aku diberi kesempatan untuk hadir ke masjid al-Azim, Pandan Indah walaupun dalam kesibukan menghadiri Open House... Al-hamdulillah... peluang keemasan yang sanagat bernilai....



Ubat Rohani sebelum rawat pesakit...

Belajarlah kerana Allah... kajilah ciptaan Allah...Jadikan setiap kerja itu Ibadah...

Subahanallah. mulianya insan ini. Kesungguhannya menyampaikan ilmu sungguh menyentuh perasaan. terasa kerdil diri ini dan ceteknya ilmu yang aku ada.

Carilah kecintaan Allah. kita akan bahagia selamanya....



Setelah bersesak-sesak ngan muslimat... dapat gak tanda tangan Dr. Muhaya... bersalaman dengan seorang pencinta Ilmu yang berjaya, sungguh membanggakan...

Jumaat, September 23, 2011

AKU DAN MASA...



Sesuatu perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa peredaran masa akan terus berlalu... biar apapun keadaan kita... sesibuk manapun kita... masa itu akan tetap mengatur langkahnya... tapi kita... adakah kita juga terus ke hadapan seiring dengan masa atau ada sesuatu yang tercicir sebab kepantasan masa yang berlalu....

aku menulis adalah sebagai peringatan buat diri sendiri kerana kesibukan yang tiada henti... tapi... inilah kehidupan... orang yang bijak adalah orang yang bijak mengatur masanya....

Bila mengenangkan kenyataan itu.... tentunya aku belum cukup bijak..... kerana aku belum cukup bijak mengatur masaku...



Semoga Allah sentiasa permudahkan setiap urusan ku agar aku mampu seiring dengan masa...

Rabu, Julai 06, 2011

APE CITER...

setiap detik masa berlalu... penuh dengan ujian dan dugaan.... Tapi, itu lumrah kehidupan... Aku tetap aku di dalam duniaku...

semakin pantas masa berlalu... semakin sibuk dengan tugas2 dan tanggungjawab.... baru ni Birthda anakanda.... 01 Julai 2011... ulangtahun kelahiran yang ke 5...

pertama kali meraikan Birthday Hafiz... gembira sungguh... aku juga happy melihat Hafiz happy... biarpun tak seberapa sambutannya tapi... kegembiraan itu membuatkan kami bahagia...

SELAMAT HARI LAHIR HAFIZ... Mlga menjadi anak yang soleh.... itu sahaja harapan mak dan ayah...

Sabtu, Mac 19, 2011

Hari ini sekali lagi aku diduga oleh Allah Taala. menarik satu nikmat kesihatan dalam diriku menjadikan aku hilang arah. DEMAM... penyakit yang biasa dilalui oleh semua orang... Tapi, itu juga salah satu ujian Allah... apatah lagi satu family demam. Suami dan anak juga turut mengalami masalah yang sama...

Jarang-jarang sekali demam, sekali demam... terasa perit juga... tapi, apa nak buat itulah lumrah kehidupan...

Pada awal nya aku plan nak balik kampung untuk majlis pernikahan adikku Abdul Rashid Ali. Aku balik ngan Hafiz je. Abang x ikut.... biasalah, orang kerja sendiri, mana blh nk pk cuti je.... So... aku plan nk tumpang adik balik ngan Hafiz sahaja....

Inilah kenyataan hidup... kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Demam satu family... membuatkan plan tersebut terpaksa aku batalkan.

Fikiran bercelaru seketika. Mengenangkan aku kurang sihat. Abang pulak demam yang kuat. 2 hari x bangun. Hafiz pun demam agak kuat..... Hati nak jugak balik untuk majlis tersebut. Tambahan pulak dah bagi tau Hafiz. Dia asyik nanya saja....

Aku cuba jadi yang profesional agar aku boleh control semuanya. menjadi seorang yang spiritual... aku akui ujian Allah pada aku....

So... aku batalkan plan balik kampung dan maaf buat semua kerana tidak dapat bersama kalian dalam majlis tersebut. Apa-Apa pun aku berdoa agar semuanya berjalan dengan baik.....

Khamis, Mac 03, 2011

DUNIA BARU BUAT ANAKKU...

03 Mac 2011...

Masuk bulan ketiga 2011... baru hari ni aku dapat menulis sesuatu di skrin ini...

Rasanya masih belum terlewat sekiranya ingin aku mancatat memori persekolahan anakanda MUHAMMAD HAFIZ ANWAR sebagai kenangan....

terasa baru semalam menahan sakit melahirkan Hafiz... dan hari ini, Hafiz dah ke sekolah. 5 tahun telah berlalu...

Mendidik anak menjadi yang terbaik mestilah bermula dari pendidikan awalnya. Mulanya, pening jugak nak pilih sekolah untuk Hafiz. kalau boleh nak kan tadika islam yang ada nursery... ada... tapi, agak jauh... Pasti... tak ada nursery....

Akhirnya, aku temui TADIKA TAWAKAL... Islamic kintergarten....


03 Mac 2011...

Inilah Tadika yang menjadi pilihan aku dan abang buat anakanda tersayang. semoga menjadi yang terbaik..
TADIKA TAWAKAL, TAMAN MELUR, AMPANG




TASKA AL-AMIN
Inilah nursery.... tempat persinggahan Hafiz sepanjang aku dan abang bekerja. Kini, Hafiz dah x pergi rumah Mak Pah lagi....
Hafiz mesti berdikari... hidup dengan kawan-kawan. macam dok asrama le pulak...



Hari pertama melihat Hafiz pakai baju sekolah. Wah ! bergaya gitu... dah besor anak mak...

Tapi... kenangan manis yang dilalui oleh Hafiz... sampai sekolah nangis....

Inilah dugaan buatku dan abang. Kalau sebelum ni aku melihat ragam pelajar-pelajar ke sekolah. menangis, tak nak masuk kelas dan berbagai karenah... kini, aku diuji dengan situasi sebegitu....

Begitulah peringkat permulaan dunia baru buat anak ku....
Alahai Blog....

terasa lama sungguh aku tidak menjengok blog aku... terasa rindu untuk menulis sesuatu....

Walaupun aku bukanlah ahli sasterawan tetapi... memperkatakan sesuatu dengan penulisan amatlah memberi kepuasan....

kali terakhir coretan ku pada 28 Oktober 2010... kini, 2011 mula membuka tirainya.... 2 bulan sudah berlalu... sungguh tidak terasa pantasnya masa berlalu.

Leka dengan kesibukan tugas dan tanggungjawab, terlupa pada AZAM dan impian... inilah aku...

menyedari hakikat kelemahan ini terasa kerdilnya aku sebagai hamba Allah di muka bumi ini...

Walaupun kadang kala, aku dianggap hebat di samping rakan-rakan sekerja... mendapat anugerah KPI terbaik 2010 tapi, aku tidak akui kehebatan itu kerana.... aku masih lagi tidak dapat menyeimbangkan semua tugas hakiki aku... menjadi seorang isteri, ibu, anak dan pendidik bukanlah satu perkara yang mudah....