Selasa, Disember 08, 2009

FACEBOOK

Aku baru saja selesai menjelajah Facebook. Aku bukannya pandai sangat baru tengah belajar-belajar. Orang kata Facebook ni boleh laman untuk mencari kenalan. Mungkin kita boleh jumpa sahabat-sahabat lama yang telah terputus hubungan. tak dapat bersua muka, berutus khabar berita dan perkembangan pun kira OK lah tu...

Memang betul pun, bila cuba-cuba belajar menjelajah Facebook ni.... jumpalah beberapa orang rakan yang sama-sama belajar di S.M.A Maahad al-Islah dulu. aku belum sempat berutus tapi, bila tengok muka diorang kat facebook tu... teringat zaman sekolah dulu. terasa rindu pulak pada kenangan-kenangan zaman sekolah.

Ada member senior dan junior aku masa kat Maahad dulu. muka semuanya dah berubah.... ada yang semakin tembam dan ad yang panjang.... ada yang dah bernak 2 - 3 orang. Lama sudah masa berlalu....

Walaubagaimanapun, yang berlalu tidak mungkin berulang lagi dan abadikan kenangan itu hingga ke akhir hayat.... Semoga kita semua bahagia hendaknya. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan