Khamis, Mac 03, 2011

Alahai Blog....

terasa lama sungguh aku tidak menjengok blog aku... terasa rindu untuk menulis sesuatu....

Walaupun aku bukanlah ahli sasterawan tetapi... memperkatakan sesuatu dengan penulisan amatlah memberi kepuasan....

kali terakhir coretan ku pada 28 Oktober 2010... kini, 2011 mula membuka tirainya.... 2 bulan sudah berlalu... sungguh tidak terasa pantasnya masa berlalu.

Leka dengan kesibukan tugas dan tanggungjawab, terlupa pada AZAM dan impian... inilah aku...

menyedari hakikat kelemahan ini terasa kerdilnya aku sebagai hamba Allah di muka bumi ini...

Walaupun kadang kala, aku dianggap hebat di samping rakan-rakan sekerja... mendapat anugerah KPI terbaik 2010 tapi, aku tidak akui kehebatan itu kerana.... aku masih lagi tidak dapat menyeimbangkan semua tugas hakiki aku... menjadi seorang isteri, ibu, anak dan pendidik bukanlah satu perkara yang mudah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan