Sabtu, Mac 19, 2011

Hari ini sekali lagi aku diduga oleh Allah Taala. menarik satu nikmat kesihatan dalam diriku menjadikan aku hilang arah. DEMAM... penyakit yang biasa dilalui oleh semua orang... Tapi, itu juga salah satu ujian Allah... apatah lagi satu family demam. Suami dan anak juga turut mengalami masalah yang sama...

Jarang-jarang sekali demam, sekali demam... terasa perit juga... tapi, apa nak buat itulah lumrah kehidupan...

Pada awal nya aku plan nak balik kampung untuk majlis pernikahan adikku Abdul Rashid Ali. Aku balik ngan Hafiz je. Abang x ikut.... biasalah, orang kerja sendiri, mana blh nk pk cuti je.... So... aku plan nk tumpang adik balik ngan Hafiz sahaja....

Inilah kenyataan hidup... kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Demam satu family... membuatkan plan tersebut terpaksa aku batalkan.

Fikiran bercelaru seketika. Mengenangkan aku kurang sihat. Abang pulak demam yang kuat. 2 hari x bangun. Hafiz pun demam agak kuat..... Hati nak jugak balik untuk majlis tersebut. Tambahan pulak dah bagi tau Hafiz. Dia asyik nanya saja....

Aku cuba jadi yang profesional agar aku boleh control semuanya. menjadi seorang yang spiritual... aku akui ujian Allah pada aku....

So... aku batalkan plan balik kampung dan maaf buat semua kerana tidak dapat bersama kalian dalam majlis tersebut. Apa-Apa pun aku berdoa agar semuanya berjalan dengan baik.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan