Ahad, November 15, 2009

KEPUTUSAN PSRA

14 November 2009

Keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dah keluar dan tiba ke Sekolah pada petang 12 November 2009 (Khamis). PSRA ni samalah juga macam UPSR kat sekolah Kebangsaan tu tapi, kat Sekolah Agama disebut PSRA. Semuanya terdiri dari matapelajaran agama. Tauhid, Fekah, Akhlak, Sirah, Tajwid, Bahasa Arab, Khat, Jawi, Al-Quran dan Hafazan. Banyak juga yeerrr…? Peperiksaan inilah yang menilai pencapaian pelajar daripada tahun 1 hingga 6 belajar di sekolah agama.

Maka hari ini berakhirlah penantian mereka yang selama ini ditunggu-tunggu. Termasuklah guru-guru yang bertungkus lumus mengajar. Nak tahu juga hasilnye kan…? Namun demikian, keputusan tersebut tidak boleh diberikan lagi kepada pelajar-pelajar kerana ia perlu dikemaskini dan disemak sebaik mungkin agar tidak berlaku apa-apa masalah.

71.9 % , itulah peratus kesuluruhan keputusan yang diterima. Kami guru-guru tahun 6 semua bersyukur dengan keputusan tersebut. Memang gembira. 3 orang mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), 28 orang Jaid Jiddan (sangat baik ). Selebihnya mendapat pangkat Jaid (Baik), Maqbul (lulus) dan Rosib (gagal). Peratus tersebut telah meningkat daripada tahun lepas yang hanya mendapat 68% sahaja. Bila ada peningkatan itu bermakna adalah perubahan. Perubahan yang baik. Ada kemajuan…tambahan pula tahun ini calon peperiksaan begitu ramai iaitu 150 orang calon. Sememangnya lebih mencabar bagi kami guru-guru. Maklumlah, ramai yang pandai dan ramai juga yang lemah. Ada yang tak boleh nak membaca dan menulis. Itulah cabaran kepada semua guru.

Tapi cabaran itu dapat disahut apabilab bilangan murid yang gagal telah dapat dikurangkan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas sehingga melebihi 50 orang calon. Tahun ini, jumlah murid yang gagal hanya 40 orang sahaja. Al-Hamdulillah. Ini satu peningkatan yang sangat hebat. Apa nak dikejar murid yang cemerlang jika ramai lagi murid yang gagal (tidak lulus). Itu yang membuatkan kami (guru tahun 6) sangat gembira.

Memang tidak dapat dinafikan keceriaan wajah guru-guru tahun 6. semuanya tersenyum kegembiraan. Cerianya wajah Kak Pah, Kak Kib, Esah, Rasdan dan Rohana jelas terpancar. Aku semamangnya happy, walaupun kadang-kadang orang tak perasan kegembiraan aku tapi…. Itulah realitinya. Yelah… muka takde reaksi…. Apa boleh buat?

Disebalik kegembiraan kami dengan keputusan yang baru diumumkan, tersentuh juga hati ini bila melihat Guru Besar sedikit kecewa. Walaupun dia tidak mengucapkan kekecewaan itu tetapi, terselit dalam dirinya perasaan tersebut. Mana mungkin dia gembira bila sasarannya tidak tercapai. Guru Besar target pelajar mumtaz sahaja. Dia tidak target peratus keseluruhan meningkat. Dia mengharapkan Mumtaz sehingga 20 orang. Alasannya murid ramai, tentu ramai yang pandai….



Aku tak berani nak ulas dan komen apa-apa… Cuma aku bertanya sendiri, salah kami guru-guru ke yang tak pandai mengajar atau salah Guru Besar yang target terlalu tinggi?

Aku tahu, sebagai Guru Besar baru, dia inginkan satu perubahan. Baik dari segi fizikal sekolah mahupun pencapaian dalam pelajaran. Sekarang ini pun dia tengah buat beberapa perubahan. SRA Tasek Tambahan kini semakin gah dimata masyarakat. Terutama pada sudut pandangan fizikalnya. Mungkin inilah usaha Guru Besar baru. Tahniah Ustazah… baru beberapa minggu bertugas, banyak perubahan dapat dilihat. Pintu-pintu kelas bertukar baru, Cat Sekolah baru…. Papan-papan tanda baru… pendek kata, sekali pandang… indahnya SRA Tasek Tambahan. Memang orang yang melihat dengan perasaan akan kata “ini mesti kerja Guru Besar baru”. Memang ketara perubahannya.

Itu semua aku tak nak komen Cuma sekarang ni, dengan keputusan yang baru diterima mungkinkah dia rasa satu kegagalan apabila gagal mencapai sasarannya seperti yang telah di war-warkannya…? Maafkan kami Ustazah sekiranya kami gagal memberikan yang terbaik untuk mencapai target Ustazah. Kami dah berusaha sebaik mungkin dan inilah keputusannya.

Sememangnya SRA Tasek Tambahan tidak pernah mencapai calon Mumtaz lebih daripada 5 orang. Beberapa tahun terakhir ini 3 sahaja yang mendapat gred Mumtaz. Itulah jumlah yang paling tinggi tapi, apabila dikhabarkan kepada kami target Guru Besar tahun ini 20 orang Mumtaz, kami sungguh terkejut dan ia merupakan satu tekanan kepada kami. Untuk mencapai sasaran tersebut, kami memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Kami perlu diberi pendedahan cara terbaik mengajar bagi mencapai sasaran tersebut. Walaupun dikalangan kami semuanya dah melebihi 5 tahun mengajar tetapi, demi marealisasikan sesuatu perubahan, kami perlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Apa yang diharapkan tidak kesampaian. Kami ditinggalkan dengan harapan yang menggunung tinggi. Tiada panduan dan penunjuk arah. Sehingga sampai dikemuncaknya. Inilah hasilnya.

Mungkin dapat diperbaiki di masa akan datang untuk merealisasikan sebuah impian….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan