Rabu, Disember 23, 2009

GURU KAFA & KERANI...

Hari ni dah 23 Disember rupanya.... nampaknya cuti sekolah dah hampir berakhir. lebih kurang 10 hari lagi sekolah akan dibuka semula.Cepatnya masa berlalu. Rasa macam kerja-kerja aku kat offis tu banyak lagi yang belum siap... ye..lah, persiapan untuk sesi persekolahan baru... senarai nama kelas , kemasukan murid baru... persediaan kewangan dan ... aaah..! banyak lagi lah...

Persediaan aku sebagai guru juga perlu di upgread kan. Takkan samakot tahun 2009 dengan tahun 2010. mesti ada perubahan dan pembaharuan... baru ada kemajuan.... maklumlah... dua kerja dalam satu masa. sebelah petang aku sebagai guru. mengajar dari kelas ke kelas. Guru KAFA.... sebelah pagi aku kerani.... duduk kat offis melayan karenah murid, ibu bapa, guru-guru dan segala kerja-kerja perkeranian...

Hah! besarnye tanggungjawab aku ye.... Apa boleh buat... begitulah nasib sekolah Agama Tasik Tambahan ni... mungkin ada juga sekolah-sekolah yang lain yang sama nasib ngan Tasek Tambahan.... Sekolah yang besar sebegini tidak ada kerani. Jadi... jawatan kerani ini adalah usaha PIBG untuk membantu sekolah... bayar elaun kerani untuk membantu Guru Besar melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya...

Kalau korang baca story ni, tentu korang pelik.... bleh ke buat kerja... nak mengajar lagi.... kerani lg... Aku pun tak tahu... boleh tak boleh, dah 10 tahun melaksanakan tanggungjawab aku sebagai kerani dan Guru KAFA. Terima kasih kepada Guru Besar, Pihak Sekolah dan PIBG kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Ustaz Razali bin Sehab. Dialah Guru Besar yang melantik aku sebagai kerani tanpa ditemuduga dan disoal selidik..... Percaya sepenuhnya...:-) Bukan aku nak bodek tapi, itulah kenyataan. Selepas dia bertukar, gant pula dengan Guru Besar baru iaitu Ustaz Hj. Azammuddin bin Zainuddin. Dia ni agak skima sikit tapi... biasalah, setiap orang lain penampilannya. kenalah layaaan... Setelah lebih kurang 8 tahun dia pula berpindah dan ganti lagi dengan Guru Besar baru... Pn. Rohana Binti Misran....

Berubahlah lagi karektor.... komen banyak takde guna. sebagai pekerja kenalah terima perubahan-perubahan itu. Bak kata Farah Fauzana.... "Layaaaaaaannnnn!!!!"

Aku tidak berhajat nak komen sesiapa tetapi... aku kena akui daripada tiga orang boss aku tu memang berbeza. Yelah... mana boleh sama. Manusia kan berbeza-beza. Tapi... 10 tahun memikul dua tanggung jawab, mengajar aku banyak perkara. pengalaman cukup mendewasakan aku dalam melalui segala dugaan dan cabaran. Satu penghargaan daripada aku kepada pihak sekolah. walaupun aku tidak diberikan apa-apa anugerah teapi.... peluang yang diberikan kepada aku untuk melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, sanagat bernilai untuk aku semadikan dalam kamus hidup aku.

Aku mungkin akan mengakhirkan bidang perkeranian ini pada bila-bila masa. Yelah... jawatan aku bukannya tetap. sekadar kerani lantikan PIBG.... bila datang kerani daripada JAIS mungkin khidmat aku tidak diperlukan lagi. aku kena terima kenyataan itu.

Walaupun hakikatnya terasa sayang dan sedih tetapi kenyataan itu harus aku terima. Aku bukannya berhenti terus daripada SRATT tapi melepaskan satu jawatan. aku masih setia dengan SRATT.... itulah suara hatiku dalam memujuk naluri sendiri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan