Selasa, November 10, 2009

HAPPYBIRTHDAY

28 OKTOBER 2009 yang lalu merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Biarpun iatelah berlalu namun, tulisan ini tetap aku postkan diruangan blog ini sebagai tanda hari ini telah berlalu bagiku. Kesibukan aku setiap hari di rumah, sekolah dan kedai membuatkan aku tidak dapat menulis dengan tepat pada masanya. Tapi bagiku itu semua tidak penting…. Berapa lama sekalipun ia berlalu namun tarikh itu tetap abadi sampai bila-bila. Menjadi keramat dalam diriku setiap tahun. Apa yang membimbangkan aku sekiranya tarikh itu tidak lagi kutemui…. maka berakhirlah penghitungan umurku dari tahun ke tahun . alamak… syahdu le pulak…


Kini genaplah usiaku 30 tahun. Sudah 30tahun rupanya...jumlah bukanlah satu tempoh waktu yang singkat untuk dihitung. Cuma... tertanya pada diri sendiri, apakah ada 30 tahun lagi untuk aku menghitung usiaku? Berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan...? Soalan yang tiada jawapan. Hanya Tuhan yang tahu..

Walaubagaimanapun... aku perlu muhasabah diriku... menghitung 30 tahun yang telah berlalu. Apakah perisiannya telah cukup untuk aku sebagai hamba Allah...? Apakan aku bersedia sekiranya dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa..?

Mengenangkan 30 tahun telah berlalu, terasa amat kerdil diri ini di Sisi Tuhan sedangkan diri ini semakin hampir untuk dipanggil oleh-Nya.

Aku sedar, aku bukanlah insan yang terbaik dan lengkap dari segala sudut. Aku insan biasa, yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Aku juga adalah hamba seperti hamba-hamba lain yang perlu menerokai dunia ini dengan pelbagai Ilmu. Mencari dan terus mencari untuk melengkapkan diri sebelum mengadap Illahi.

Oleh itu, sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiranku tahun ini, tahun yang ke 30... aku bangun jam 4.30 pagi menunaikan solat sunat Hajat, memohon dari Allah untuk diberi petunjuk dan hidayah yang berkekalan agar aku tidak jauh terpesong dari landasan-Nya. Amin...

Diserikan dalam hidupku bersama suami dan anakku, aku berazam akan menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini. Apatahlagi, ulangtahun kelahiranku selepas Ramadhan dan Syawal... Aku teruskan Iltizamku sempena Ramadhan tahun ini untuk menunaikan puasa Sunat Isnin dan Khamis. Alhamdulillah... berakhir sahaja Syawal ini, aku dah mula berpuasa sunat ISnin dan Khamis. semoga ibadah ini dapat diteruskan. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan