Selasa, November 10, 2009

HARAPAN DAN IMPIAN



Anak adalah anugerah Allah dan amanah kepada ibu bapa. lahirnya kedunia ibarat kain putih yang bersih. Hanya ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Bagaimanakah corak yang menjadi pilihan dan idaman itulah hasilnya.

Begitu jugalah dengan aku dan abang. Hafiz adalah permata yang perlu digilap dari awal supaya cahayanya dapat terus bersinar sampai bila-bila. Menanamkan impian dan harapan yang tinggi pada anak sulung ini agar ia menjadi contoh yang terbaik.

ANAK SOLEH itulah impian.... HAFIZ ALQURAN menjadi harapan.






MUHAMMAD HAFIZ ANWAR..... Itulah rangkaian nama yang menjadi pilihan kami berdua. Pada aku.... aku tidak kisah sangat apa sahaja nama yang baik tapi abang... dia cuba menghimpunkan harapan dan impiannya pada nama anak sulung kami. Abang impikan anaknya akan menjadi HAFIZ suatu hari nanti. Dikuatkan dengan guru al-Qurannya seorang Hafiz sebagai Idola. Namanya Khairul Anwar. Jadi daripada situ, terbentuklah nama anak sulung kami MUHAMMAD HAFIZ ANWAR BIN KHAIRIL ANIZAN.

Kini usia Hafiz lebih 3 tahun. Al-Hamdulillah.... dia semakin cerdik. Walaupun kadangkala aku agak emosi melayan karenah Hafiz tapi... hati ini tetap terhibur. Kami sama-sama mendidik dan membesarkan Hafiz dengan impian dan harapan. Tiada kalimah terindah dalam doa kami setiap selepas Solat melainkan Mengharapkan Hafiz menjadi anak yang Soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan